awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Calon anak jati Mersing lebih faham isu penduduk

Hilmi Malik
Hilmi Malik
25/02/2022
03:10 MYT
PRN Johor: Calon anak jati Mersing lebih faham isu penduduk
Azhar (kiri) dan Chee Keong berpandangan anak watan Mersing lebih menjiwai denyut nadi rakyat berbanding orang luar yang mengambil masa untuk memahami keadaan di situ. -Astro AWANI
MERSING : Anak jati Mersing dianggap calon paling sesuai untuk membawa suara rakyat menjelang penamaan calon pilihan raya negeri (PRN) Johor esok.
Tinjauan Astro AWANI mendapati penduduk lebih mengharapkan calon yang sentiasa berada di daerah itu bagi memudahkan proses komunikasi selain aktiviti mendekati rakyat.
Bagi Lim Chee Keong @ Pravind Lim yang merupakan peniaga di Mersing, anak watan Mersing dilihat lebih menjiwai denyut nadi rakyat berbanding orang luar yang mengambil masa untuk memahami keadaan di Mersing.
“Kalau anak tempatan saya rasa semangat dia lain untuk bawa suara penduduk Mersing dan dari segi kesungguhan untuk membantu itu mungkin akan lebih.
“Wakil rakyat perlu ada masa untuk duduk bersama penduduk dengar luahan hati mereka supaya ambil tahu keinginan pengundi,” katanya kepada Astro AWANI.
Tambahnya, calon diingatkan agar tidak berkhidmat secara bermusim, apatah lagi dengan menabur janji manis terhadap pengundi.
Ini termasuk soal pembangunan di Mersing yang boleh dikatakan bandar terpinggir di Johor yang memerlukan pembaharuan dalam kalangan penduduk, kata Chee Keong.
“Jangan setiap kali bila PRN saja muncul datang bagi macam-macam janji kemudian buatnya tidak, tidak kiralah dari parti mana sekalipun.
“Kita mohon calon yang bertanding untuk lakukan yang terbaik untuk Mersing dan bukan hanya untuk kepentingan parti, dalam masa lima tahun kita nak lihat perubahan yang berlaku," katanya lagi.
Sementara itu, harapan sama disuarakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Makmur Mersing, Azhar Zainal Abidin yang menyifatkan satu kerugian buat rakyat Mersing sekiranya diterajui pemimpin luar.
“Kita nak lihat calon itu sendiri yang menetap di Mersing menjadi wakil kami, jadi mudah untuk bawa sebarang isu-isu yang berbangkit.
“Isu seperti infrastruktur, fasiliti kesihatan, perumahan dan sebagainya perlulah daripada kalangan mereka yang faham keadaan penduduk di Mersing.
“Jika calon dari luar saya anggap rugi buat rakyat di Mersing, khususnya pengundi-pengundi bagi DUN Endau dan Tenggaroh,” ujarnya.
Daerah Mersing dari sudut geografi merupakan pekan yang terkenal dengan beberapa sektor ekonomi antaranya pelancongan, perikanan, dan industri kecil dan sederhana (IKS).
Calon-calon yang bakal bertanding di daerah tersebut bakal berentap di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau dan Tenggaroh pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijadualkan 12 Mac ini.
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#calon tempatan
#anak jati Mersing
#Tenggaroh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan