Skip to main content

Politik

PRN Johor: Calon PN mahu pembangunan Paloh setanding kawasan bandar

D JEEVAKUMAR
Jeevakumar berkata, matlamatnya adalah memastikan penduduk di Paloh dapat menikmati kemudahan serta kualiti hidup yang setanding dengan masyarakat di kawasan bandar. - Foto Astro AWANI
Advertisement

KLUANG: Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh, D Jeevakumar mahu memastikan penduduk di kawasan itu menikmati pembangunan serta kemudahan yang setanding dengan kawasan bandar sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Beliau berkata, antara isu utama yang perlu diberi perhatian ialah peluang pekerjaan untuk golongan belia, selain masalah perparitan, jalan raya dan gangguan haiwan liar yang sering dibangkitkan penduduk.

"Masalah utama di DUN Paloh ialah berkait dengan belia, iaitu peluang pekerjaan. Diikuti dengan masalah perparitan, masalah jalan raya dan masalah haiwan liar.

"Jika diberi mandat menjadi ADUN di kawasan Paloh, saya akan pastikan masyarakat Paloh juga mendapat tumpuan yang sama seperti masyarakat yang duduk di bandar," katanya kepada Astro AWANI.

Jeevakumar berkata, matlamatnya adalah memastikan penduduk di Paloh dapat menikmati kemudahan serta kualiti hidup yang setanding dengan masyarakat di kawasan bandar.

Pada PRN Johor kali ini, DUN Paloh mempunyai 27,966 pengundi berdaftar dan menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan penyandang Barisan Nasional (BN), Lee Ting Han; calon Pakatan Harapan (PH), Dr Ruban Arumugam; Jeevakumar; serta calon Bebas, G Kamaleswaren.

Pada PRN Johor 2022, Lee Ting Han mempertahankan kerusi DUN Paloh dengan majoriti 3,176 undi selepas menewaskan Sheikh Umar Bagharib Ali (PH), Selvendran Velu (PN) dan Aminuddin Johari (Pejuang).

Must Watch Video

Advertisement