awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: "Dia nak berjuang atau nak jawatan" - Abdul Halim

Hilmi Malik
Hilmi Malik
04/03/2022
11:22 MYT
PRN Johor: "Dia nak berjuang atau nak jawatan" - Abdul Halim
Abdul Halim (tiga dari kiri) berkata, tindakan Laili itu tidak sesekali menjejaskan semangat Bersatu khususnya PN untuk berjuang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini. - Gambar/ Astro AWANI
MERSING: Tindakan bekas Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Mersing, Laili Yusof, mengisytiharkan keluar parti, disifatkan sebagai tidak mementingkan perjuangan.
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Mersing, Abdul Halim Abu Bakar, mendakwa Laili terlalu memikirkan isu jawatan sehingga mengambil tindakan sedemikian.
Beliau yang mengakui perkembangan itu berpunca daripada konflik dalaman menjelaskan ia adalah perkara biasa dalam politik, dan tindakan Laili sudah dijangka.
“Kita memang dah jangka dia nak keluar (Bersatu), ini masalah dalaman tapi mana perjuangan dia, adakah dia bantu parti ini? Nak sesuatu (jawatan) atau perjuangan? Kalau betul berjuang, 'abah' kita (Tan Sri Muhyiddin Yassin) lagi kuat berjuang.
“(Apapun) kita akan kekal semangat juang dan ini adalah perlawanan hebat selepas PRN Melaka," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama Perikatan Nasional (PN) di Kampung Sri Lalang di sini, pada Jumaat.
SEMUA MENGENAI PRN JOHOR DI SINI
Abah (Muhyiddin) lagi kuat berjuang - BERSATU Mersing
Terdahulu, Laili membuat pengumuman rasmi meninggalkan Bersatu berkuat kuasa serta-merta dan menyertai BN dengan disaksikan beberapa pucuk pimpinan parti itu termasuk Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Dakwanya, tindakan itu diambil selepas beliau tidak lagi mempunyai kepercayaan di dalam pucuk pimpinan parti selain menganggap Bersatu tidak lagi berada dalam hala tuju yang sebenar.
Mengulas lanjut, Abdul Halim berkata, tindakan Laili itu tidak sesekali menjejaskan semangat Bersatu khususnya PN untuk berjuang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.
Ditanya mengenai tindakan Laili yang berkemungkinan berpunca akibat tidak dipilih sebagai calon, Abdul Halim berkata, kedudukan itu tidak semestinya menjanjikan jawatan tertentu.
“Tak semestinya jadi ketua bahagian dia boleh jadi calon, mantan kami pun tak jadi ketua bahagian, dalam UMNO sendiri pun tiada menteri yang pegang jawatan ketua bahagian.
“Biasalah dalam politik, hari ini jadi kawan esok lusa jadi musuh, kalau kita matang dalam politik kita akan berjuang untuk parti bukan individu,” ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#ketua bersatu mersing
#keluar parti
#hendak jawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan