JOHOR BAHRU: Seorang pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin dikenakan kompaun RM1,000 kerana hadir ke pusat mengundi Dewan Kampung Melayu Majidee di sini, walaupun masih dalam tempoh kuarantin selepas dijangkiti COVID-19.
Tindakan itu diambil oleh Inspektor Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru setelah membuat pemeriksaan aplikasi MySejahtera wanita berkenaan hari ini.
Pegawai berkenaan dilihat menjelaskan kepada wanita itu bahawa semua individu yang positif COVID-19 tidak boleh keluar mengundi dan wajib menjalani kuarantin dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Sementara itu, wanita tersebut berkata, berlaku salah faham dan kekeliruan apabila dia dimaklumkan oleh orang terdekat bahawa boleh datang mengundi walaupun sedang menjalani kuarantin akibat COVID-19.
Sejurus itu, wanita terbabit diarahkan segera pulang ke rumah.
BACA: PRN Johor: Individu bergejala, PUI, PUS boleh mengundi
SEMUA MENGENAI PRN JOHOR DI SINI
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Aman Rabu berkata, notis kompaun itu dikeluarkan Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) kira-kira jam 11.45 pagi.
“Notis dikeluarkan atas kesalahan pengundi berkenaan hadir ke tempat mengundi yang mana siasatan awal mendapati wanita tersebut positif COVID-19 kategori dua.
“Adalah diingatkan bahawa individu-individu positif adalah dilarang untuk keluar dari tempat isolasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.
Aman berkata, kegagalan mematuhi arahan itu boleh dikenakan kompaun di bawah Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawalan Tempatan Jangkitan) 2021.
Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, pengundi yang bergejala termasuk berstatus pesakit sedang disiasat (PUI) atau yang sedang dalam pemantauan (PUS) diberi kebenaran mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
SPR dilapor berkata, kebenaran itu adalah bersyarat dengan proses mengundi kumpulan itu dijalankan di khemah khas serta dipantau oleh pegawai kesihatan.
Astro Awani
Sat Mar 12 2022

Wanita tersebut berkata, berlaku salah faham dan kekeliruan apabila dia dimaklumkan oleh orang terdekat bahawa boleh datang mengundi walaupun sedang menjalani kuarantin akibat COVID-19. - Gambar hiasan/ Bernama

Konsep MADANI boleh diperluaskan ke peringkat ASEAN - Dr Jemilah
Nilai teras yang diketengahkan dalam konsep itu seperti keadilan dan kemanusiaan adalah sejajar dengan dengan aspirasi ASEAN.

‘BERHENTI Vladimir!’: Trump beri amaran kepada Putin selepas serangan maut di Kyiv
Amaran Trump dikeluarkan selepas Presiden Ukraine merayu kepada sekutunya agar tingkatkan tekanan terhadap Rusia supaya hentikan pencerobohan.

Semua pihak diseru junjung prinsip keadilan, keutuhan pentadbiran - Raja Perlis
Tuanku Syed Sirajuddin bertitah, 25 tahun pemerintahan baginda itu memperlihatkan pelbagai cabaran dan kejayaan.

PRU2025 Singapura: PM Wong seru kekalkan perpaduan ketika PAP mulakan kempen
PM Singapura seru rakyat negara itu kekal bersatu dan tidak membenarkan kuasa luar atau perbezaan pandangan terhadap isu global memecahbelahkan negara.

Presiden Maldives akan lawat Malaysia untuk perkukuh hubungan dua hala
Presiden Maldives Mohamed Muizzu dijadual memulakan lawatan rasmi selama empat hari ke Malaysia mulai Ahad ini.

Usaha pembaharuan Bangladesh dapat sokongan kuat Qatar
Program pembaharuan kerajaan sementara Bangladesh menerima sokongan kuat dari Qatar.

Korea Selatan, AS adakan rundingan perdagangan berkaitan tarif
Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) mengadakan rundingan perdagangan peringkat tinggi di Washington pada Khamis, ketika Seoul berusaha untuk menghapuskan tarif "timbal balik" menyeluruh yang diken

PRU Singapura 2025: Lapan parti layak guna masa siaran untuk kempen
Tempoh masa siaran yang diperuntukkan untuk setiap parti politik adalah berdasarkan jumlah calon yang diletakkan olehnya.

Perlis perkasa program agama tangani gejala sosial
Kerajaan Perlis akan perkasa program keagamaan dalam usaha menangani gejala sosial terutamanya masalah penagihan dadah dan arak di negeri tersebut.

Malaysia laksana tugas dengan cemerlang sebagai Pengerusi ASEAN pada detik genting - Pengerusi FPCI
Dunia kini berada dalam keadaan yang amat sukar dan sistem antarabangsa sedang menghadapi tekanan hebat.

UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.

Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.

Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.

Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.

PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.

Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.

Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.