awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekalan air di Melaka mencukupi untuk Aidilfitfi - Exco
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Mohd Khuzzan yakin pertahan DUN Semerah

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
10/03/2022
06:03 MYT
PRN Johor: Mohd Khuzzan yakin pertahan DUN Semerah
Mohd Khuzzan berkata beliau dan jentera parti juga akan memasuki kesemua 60 kampung di bawah DUN Semerah bagi mengisi pecutan terakhir kempen. - Foto Astro AWANI
PARIT SULONG: Berbaki kurang 48 jam lagi menuju hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah.
Calonnya, yang juga penyandang kerusi DUN itu, Mohd Khuzzan Abu Bakar, berkata sepanjang 10 hari berkempen, jentera parti telah memasuki kawasan hitam dan kelabu bagi meraih sebanyak mungkin undi.
“InsyaAllah 12 Mac ini ianya akan diterjemahkan dalam bentuk undi.
(Majoriti lebih besar) InsyaAllah saya tak berani nak cakap majoriti sebesar mana, tetapi InsyaAllah ianya menuju kemenangan,” katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.
Beliau ditemui selepas menghadiri ceramah kelompok di Kampung Tambak bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini.
Mengulas lanjut, Mohd Khuzzan berkata beliau dan jentera parti juga akan memasuki kesemua 60 kampung di bawah DUN Semerah bagi mengisi pecutan terakhir kempen.
Setakat hari ini katanya, hampir 60 peratus kawasan kampung telah dikunjungi dalam usaha mendekati para pengundi.
“Tetapi tidak menjadi masalah kerana sepanjang perkhidmatan saya, daripada Mei 2018 sehingga hari ini (DUN) dibubarkan, kita memang hari-hari masuk kampung.
“Paling sedikit kita pergi ke 20 rumah dalam sehari. Jadi InsyaAllah mudah-mudahan ia diterjemahkan dalam bentuk undi pada 12 Mac ini,” ujarnya lagi.
SEMUA MENGENAI PRN JOHOR DI SINI
DUN Semerah menyaksikan saingan lima penjuru pada PRN Johor ini.
Ia melibatkan Kamarolzaman Mohd Jidi mewakili Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra); Mahdzir Ibrahim daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang); calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Ariss Samsudin; calon Barisan Nasional (BN) Mohd Fared Mohd Khalid; dan Mohd Khuzzan (PKR).
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mohd Khuzzan menang dengan majoriti 98 undi menewaskan Mohd Ismail Roslan (BN) dan Adnan Othman (Pas).
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#DUN Semerah
#Mohd Khuzzan Abu Bakar
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan