JOHOR BAHRU: Beberapa parti politik berharap mereka diberi ruang dan peluang untuk menjalankan kempen secara fizikal dan bersemuka dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih longgar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.
Ketua Pemuda Perikatan Nasional Johor Ahmad Nawfal Mahfodz bagaimanapun berkata PN tetap akur dengan ketetapan SOP COVID-19 yang akan ditetapkan kelak.
"Apa-apa pun, kita perlu melihat perkembangan kes COVID-19 semasa. Memang membimbangkan tetapi pergerakan sosial masih berlangsung. SOP perlu diselaras dengan baik agar kes tidak melonjak lebih bahaya.
"Untuk PRN Johor, yang penting ada ruang yang baik, memadai untuk calon dapat bertemu dengan pengundi mereka dengan pematuhan SOP. Kalau terlalu ketat, itu tidak 'raya'," kata Ahmad Nawfal yang juga Ketua Pemuda Pas Johor ketika dihubungi Bernama hari ini.
Ketua Pemuda MCA Johor Ling Tian Soon berkata langkah melonggarkan SOP bagi pelaksanaan PRN Johor akan memberi manfaat kepada parti politik bertanding mendekati pengundi untuk mencapai objektif mereka.
"Sekiranya SOP dilonggarkan, orang ramai khususnya parti politik tetap perlu sentiasa berwaspada kerana (masih ada) kes COVID-19 direkodkan sehingga kini," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi PKR Johor Jimmy Puah Wee Tse berkata selain membenarkan parti politik berkempen melalui ceramah dengan pematuhan SOP yang lebih longgar, program seperti tinjauan mesra juga penting dalam usaha mereka menyantuni pengundi di sesuatu kawasan.
"Kalau kita tengok, pengundi di PRN Melaka seolah-olah tiada peluang untuk berinteraksi dengan calon-calon. Ini tidak elok kerana dalam sistem demokrasi, adalah mustahak pengundi mendapatkan pandangan dan pendirian calon-calon dalam sesuatu isu yang berkait rapat dengan mereka, sama ada isu tempatan mahupun nasional," katanya.
Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor Dzulkefly Ahmad pula berkata SOP PRN yang sedikit longgar akan memberi peluang sama rata khususnya kepada parti pembangkang untuk berkempen.
"Saya bersetuju cadangan itu, paling tidak kebenaran untuk berkempen perlu diberi khususnya di kawasan yang kurang berisiko sama seperti yang dilaksanakan semasa PRN Sarawak baru-baru ini," katanya.
Semalam, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh dilaporkan berkata beliau berharap SOP COVID-19 bagi PRN Johor dilonggarkan supaya lebih banyak kempen di lapangan dapat dilakukan.
Menurut Abdul Ghani, SPR kini sedang mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara berhubung perkara itu.
Johor mencatatkan 868 kes baharu semalam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 di negeri ini berjumlah 260,447 dan merekodkan 3,918 kematian.
Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 kekal pada 1.15 semalam dengan Perlis merekodkan nilai Rt tertinggi iaitu 1.29, diikuti Putrajaya (1.21) dan Johor (1.17).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 02 2022
Beberapa parti politik berharap mereka diberi peluang untuk menjalankan kempen secara fizikal dan bersemuka dengan SOP yang lebih longgar dalam PRN Johor. - Gambar hiasan/BERNAMA
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.
Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.
Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.
Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.
Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.
Konsep Bangsa Johor jadi teras kerajaan negeri baharu - Menteri Besar
Aspek kebajikan, ekonomi, pendidikan dan kesihatan rakyat akan menjadi keutamaan dan fokus kerajaan negeri baharu.