PORT DICKSON: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata gabungan parti itu bersedia memberi peluang kepada calon muda untuk bertanding mewakili parti berkenaan, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.
Anwar berkata pihaknya akan mendapatkan cadangan daripada PH Johor, berkaitan calon secara keseluruhannya yang akan bertanding nanti.
"Saya beritahu kaedahnya, calon itu mestilah kuat, berpengalaman, muda dan (merangkumi) wanita kemudian cuba merangkumi semua parti (komponen).
"Memang akan ada calon muda dalam kalangan pimpinan muda, tetapi semua calon yang bertanding perlu merangkumi wanita dan pimpinan lama...ia tidak boleh semuanya calon muda," katanya kepada pemberita selepas program sembang santai bersama anak muda di sebuah restoran di sini hari ini.
Dalam pada itu Anwar berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu memberikan kebebasan mutlak pada PRN kali ini, kerana kekuatan PH adalah dengan strategi bertemu rakyat.
SEMUA MENGENAI PRN JOHOR DI SINI
Sementara itu Anwar berkata strategi PH bekerjasama dengan parti pembangkang lain bagi bertanding PRN Johor, dilihat mampu menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Anwar yang juga Presiden PKR berkata pembangkang boleh bekerjasama dalam satu pasukan untuk PRN Johor sekiranya masing-masing konsisten menolak beberapa isu, termasuk salah guna kuasa dan penyelewengan.
"Kami beri laluan kepada pemimpin UMNO untuk mentadbir Johor walaupun dengan satu majoriti, kami katakan kami tidak ganggu supaya tumpu kepada soal COVID-19 dan banjir, tetapi mereka anggap punya kekuatan untuk dapat majoriti besar.
"Mereka nak tumpu pilihan raya, jadi kami kata kami ada strategi untuk tumbangkan mereka. Kami terpaksa lawan dan kami akan lawan dengan segala kekuatan dan strategi, yang memungkinkan mengalahkan mereka," katanya.
Media hari ini melaporkan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan hasrat PH untuk bekerjasama dengan parti pembangkang lain bagi menghadapi PRN Johor, hanya akan mengulangi formula kegagalan kerajaan PH selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 25 2022

Anwar berkata pihaknya akan mendapatkan cadangan daripada PH Johor, berkaitan calon secara keseluruhannya yang akan bertanding nanti. - Gambar fail

AWANI Ringkas: Lima ditahan bakar mercun | Lagi cebisan manusia ditemui
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sindiket seludup diesel tumpas
PGA merampas sebuah lori tangki selain bahan bakar berkenaan dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM224,500.

MBSA mohon maaf insiden pertengkaran kakitangan, pelanggan
Kejadian berpunca akibat salah faham di antara seorang pelanggan dan salah seorang petugas di kaunter berhubung nombor giliran.

PATI Myanmar sembunyi di tanah perkuburan
Dalam serbuan jam 10.30 pagi itu, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas telah berjaya menahan kesemua PATI yang berusia empat hingga 25 tahun.

Nahas pesawat China Eastern mungkin disengajakan - Laporan
Penyiasat Amerika Syarikat (AS) percaya seseorang di dalam kokpit pesawat itu dengan sengaja menyebabkan pesawat itu terhempas.

Empat emas diraih, Malaysia gagal perbaiki kedudukan keenam
Hari ke-10, Malaysia kekal berada di tempat keenam dengan 23 emas, 26 perak dan 55 gangsa.

Kuching City FC tempah tiket ke suku akhir Piala FA
Perlawanan malam tadi menyaksikan ia bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan.

Sabah FC kongsi mata dengan pendahulu Liga Super, JDT
Skuad The Rhinos terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-23 menerusi tandukan Baddrol Bakhtiar.

Iran antara negara tertinggi kadar pemvaksinan di dunia
Iran adalah antara negara yang mencatatkan kadar tertinggi dalam pemvaksinan di dunia, kata Pengarah Pencegahan Penyakit Kementerian Kesihatan Iran, Mohsen Zahraei pada Selasa.

Permintaan tinggi jenama tertentu tepung gandum punca kekurangan bekalan - Nanta
Negara hanya mengimport 15 peratus bekalan gandum dari India, Amerika Syarikat dan Ukraine manakala selebihnya dari Australia.

PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.

Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.

Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.

Konsep Bangsa Johor jadi teras kerajaan negeri baharu - Menteri Besar
Aspek kebajikan, ekonomi, pendidikan dan kesihatan rakyat akan menjadi keutamaan dan fokus kerajaan negeri baharu.

Impak pengundi 18 hingga 21 tahun akan dilihat pada PRU15 - Bersih
Rata-rata pengundi muda yang berusia antara 18 hingga 21 tahun tidak mempunyai kecenderungan terhadap politik ketika ini.

Peratusan keluar mengundi pemilih muda tidak seperti yang diharap
Kadar peratusan keluar mengundi terutama bagi pemilih muda tidak seperti yang diharapkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini.

PAU2021: "KWSP, terlalu ramai mahu jadi hero" - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memakumkan keputusan untuk meluluskan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Khas (KWSP) sudah pun dicapai lebih awal.

PRN Johor: "Parti yang menang terlibat jenayah, Pejuang kalah sebab fokus isu rasuah" - Tun M
Pejuang tidak mempunyai ruang mencukupi untuk membuat persiapan berdepan dengan PRN Johor, kata Dr Mahathir.