KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan pada bila-bila masa susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, kata Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam satu kenyataan, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pengerusi Bersatu Johor berkata walaupun PN adalah sebahagian daripada kerajaan negeri Johor sebelum ini, keputusan pembubaran DUN itu dibuat tanpa perundingan dengan PN Johor.
Justeru, sebagai persediaan menghadapi pilihan raya, menurutnya PN akan mengadakan rundingan dengan parti anggotanya bagi memuktamadkan kerusi yang akan ditandingi selain memberi tumpuan kepada persiapan jentera parti.
"Sekiranya diberikan mandat, PN akan membentuk sebuah kerajaan berintegriti, prihatin rakyat dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada penyampaian perkhidmatan yang cemerlang demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat negeri Johor," katanya.
Sabtu lepas, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor untuk memberi laluan kepada PRN Johor.
BACA SEMUA MENGENAI PRN JOHOR DI SINI
Kerajaan negeri sebelum ini diterajui Barisan Nasional (BN) dengan 28 kerusi merangkumi UMNO (14 kerusi), MIC (dua), Bersatu (11) dan PAS (satu) manakala Pakatan Harapan dengan 27 kerusi iaitu DAP (14), PKR (tujuh) dan Amanah (enam).
Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara turut menyeru pengundi yang layak untuk keluar mengundi kelak dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP), selain berharap ia akan ditetapkan dengan seimbang dari segi bagi mencegah COVID-19 dan ruang berkempen secara bebas, adil dan selamat.
"Saya juga mengalu-alukan semua pengundi baharu termasuk pengundi berumur 18 tahun ke atas yang akan mengamalkan hak demokrasi mereka sebagai pengundi buat pertama kali dalam PRN Johor.Tunaikanlah hak dan tanggungjawab secara bijaksana," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 24 2022

Muhyiddin berkata, PN akan mengadakan rundingan dengan parti anggotanya bagi memuktamadkan kerusi yang akan ditandingi selain memberi tumpuan kepada persiapan jentera parti. - Gambar/ Bernama

DNA UMNO tetap perjuangkan Melayu, Islam, tidak akan kendur - Tok Mat
UMNO akan memperjuangkan Islam dan Melayu, dalam kerangka hubbul watan yang lebih sederhana, dan lebih menghargai kepelbagaian Malaysia.

Perlu ada perjanjian khusus bagi perolehan darurat KKM - Lukanisman
Ia bagi memastikan mereka tidak mengambil kesempatan dan menyediakan peralatan yang mengikut piawaian.

Meskipun dibantah, Jepun tetap teruskan rancangan untuk lepaskan sisa nuklear ke laut
Rancangan itu telah mencetuskan bantahan kedutaan China di Tokyo selain daripada komuniti nelayan tempatan dan negara jiran.

Isteri halang saya naiki pesawat ujian SAF - Abang Johari
Abang Johari berkata isterinya berusaha memujuk agar beliau tidak meneruskan hasrat untuk mengikuti penerbangan ujian pesawat Airbus itu.

UMNO harus terima, hidup dengan kenyataan tewas dahsyat dalam PRU15 - Mohamad
UMNO juga tidak boleh berlagak seolah-olah parti itu keramat dan sangat kukuh sedangkan ditolak oleh rakyat Malaysia.

Gadis buta ini peroleh 'Golden Buzzer', tawan hati juri America's Got Talent
"Impian saya ingin menjadi seorang diva seperti Whitney Houston dan memenangi anugerah Grammy."

Gempa bumi lemah di Semporna, Sabah
Gempa bumi lemah dengan magnitud 2.6 melanda Semporna, Sabah pada 7.39 malam tadi.

Fahmi Fadzil setuju jadi penaung KL City FC
Fahmi Fadzil bersetuju untuk menjadi penaung kelab KL City FC, selepas menerima tawaran itu daripada Presiden KLFA Khalid Abdul Samad, hari ini.

Bunuh warga emas, dua lelaki tempatan ditahan polis
Dua lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki warga emas dalam kejadian di kawasan semak di Jalan Song Ban Kheng, Bukit Mertajam, semalam.

Korban banjir di Haiti meningkat kepada 51 orang
Hujan lebat di Haiti menyebabkan sekurang-kurangnya 51 orang maut, 18 hilang manakala 140 lagi cedera, menurut Direktorat Perlindungan Awam pada Selasa.

Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.

Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.

Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.

PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.

Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.

Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.

Konsep Bangsa Johor jadi teras kerajaan negeri baharu - Menteri Besar
Aspek kebajikan, ekonomi, pendidikan dan kesihatan rakyat akan menjadi keutamaan dan fokus kerajaan negeri baharu.