awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka: 15 calon Bebas 'bersatu' bawah Gagasan Bebas

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
08/11/2021
10:37 MYT
PRN Melaka: 15 calon Bebas 'bersatu' bawah Gagasan Bebas
Seramai 15 daripada 22 calon bebas yang bakal mempertaruhkan nasib pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini bersetuju berada di bawah satu gabungan dan mewujudkan Gagasan Bebas. - Foto Astro AWANI
AYER KEROH: Seramai 15 daripada 22 calon bebas yang bakal mempertaruhkan nasib pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini bersetuju berada di bawah satu gabungan dan mewujudkan Gagasan Bebas.
Kesemua calon itu juga bakal menandatangani Akuan Bersumpah (SD) bagi memastikan tidak ada calon yang menyertai mana-mana parti politik selepas memenangi PRN itu nanti.
Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam Datuk Norazlanshah Hazali menegaskan, semua 15 calon itu mempunyai kesepakatan yang sama dalam memastikan kestabilan politik negara dan tidak terikat dengan mana-mana parti politik.
“Kami semua adalah calon Bebas, kami tidak terikat dengan parti politik dan tidak mahu dikaitkan dengan mereka, sebaliknya kami hanya mempunyai kesepakatan yang sama.
“Semua hadir hari ini kerana ideologi serta pandangan kami sama, kalau asyik hendak melompat parti, bila hal rakyat nak selesai? Saya yakin pengundi Melaka memahami perjuangan yang ingin kami lakukan kerana ianya bukan atas kepentingan peribadi,” katanya.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] 'Perang' PRN Melaka sudah bermula
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang disertai 15 calon berkenaan di sini petang Isnin.
Mengulas lanjut ujarnya, gagasan itu juga mengalu-alukan calon Bebas lain yang mempunyai mesej yang sama untuk menabur khidmat kepada rakyat dan memastikan kestabilan politik, bersama menyertai mereka.
“Kita ingin menjamin kestabilan ini pada PRN akan datang, kami bersedia untuk menggubal satu enakmen negeri bahawa mana-mana wakil rakyat yang cuba menubuhkan parti atau gagal menunjukkan iltizam dan mewujudkan enakmen anti lompat parti.
“Kami juga bersedia untuk meletakkan jawatan malah rakyat boleh menuntut dan bawa kami ke mahkamah bagi mengosongkan kerusi jika kami ingkar SD tersebut,”ujarnya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal pada 16 Nov, ekoran pembubaran DUN susulan empat ADUN menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Melaka yang mempunyai 28 kawasan DUN, memiliki seramai 495,196 pengundi berdaftar dengan 240,530 atau 48.57 peratus pengundi adalah lelaki dan baki 254,666 atau 51.43 peratus, wanita.
Seramai 22 calon Bebas mempertaruhkan nasib termasuk bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee yang mempertahankan kerusinya di DUN berkenaan.
Topic Berkaitan
#calon Bebas
#PRN Melaka
#Gagasan Bebas
#Melaka Memilih
#pilihan raya negeri
#Norazlanshah Hazali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan