awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka: 28 Pusat Penamaan dibuka, perarakan penyokong dilarang - SPR

Fareez Azman
Fareez Azman
07/11/2021
08:10 MYT
PRN Melaka: 28 Pusat Penamaan dibuka, perarakan penyokong dilarang - SPR
Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata hanya calon, pencadang calon dan penyokong calon dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon. - Gambar BERNAMA
MELAKA: Aktiviti berkumpul dan perarakan oleh penyokong parti politik bertanding di mana-mana pusat penamaan calon sepanjang tempoh penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka esok, adalah tidak dibenarkan.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak menegaskan hanya calon, pencadang dan penyokong calon dibenarkan memasuki pusat penamaan calon.
“Hanya calon, pencadang calon dan penyokong calon dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon.
“Penyokong-penyokong parti politik yang diwakili oleh bakal-bakal calon tidak dibenarkan hadir ke pusat penamaan calon,” jelasnya dalam satu kenyataan media pada Ahad.
Mengulas lanjut, bakal-bakal calon jelas Ikmalrudin diingatkan agar mengisi dan membuat semakan awal borang pencalonan sebelum diserahkan kepada SPR.
“SPR menyeru kepada bakal-bakal calon yang ingin bertanding dalam PRU DUN Melaka ke-15, agar mengisi dan membuat semakan awal pengisian borang tersebut dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka sebelum Hari Penamaan Calon. Selain itu bakal-bakal calon juga adalah disarankan untuk membuat pembayaran deposit lebih awal,” ujarnya lagi.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Pertembungan tiga penjuru di PRN Melaka: Siapa yang untung?
Tambahnya, SPR akan membuka 28 Pusat Penamaan Calon pada Isnin bermula jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi.
Calon-calon yang bakal bertanding boleh perlu menyerahkan kertas penamaan calon kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang bertugas.
“SPR berharap agar proses penamaan calon berjalan lancar tanpa apa-apa insiden tidak baik, khususnya yang boleh mengganggu ketenteraman awam.
“SPR menyeru kepada semua calon dan parti- parti politik yang terlibat agar sentiasa mematuhi undang-undang, peraturan, tata etika dan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh SPR, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada Hari Penamaan Calon,” katanya lagi.
SPR sebelum ini menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal pada 16 Nov, ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 4 Okt lepas susulan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Topic Berkaitan
#PRN Melaka
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#SPR
#Datuk Ikmalrudin Ishak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan