GUA MUSANG: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan Muafakat Nasional (MN) yang ditubuhkan untuk memperkukuhkan kuasa politik Melayu sudah berkubur walaupun belum ada pengumuman rasmi mengenainya.
Veteran UMNO itu mendakwa, MN menyeleweng daripada matlamat asal selepas rakan gabungan Barisan Nasional (BN) iaitu Pas saling berbeza pendapat.
"Sebenarnya tidak ada (persefahaman) kalau dia dah sanggup berbeza pendapat dengan UMNO. UMNO tak mahu jadi anggota PN (Perikatan Nasional) tetapi dia nak jadi anggota PN...apa beza?.
"Tetapi jelas sekali nampak dia (Pas) penting kepada jawatan barangkali, nak guna itu untuk kepentingan politik dia... barangkali, saya tak tahu.
"Pandangan saya dengan ramai kawan-kawan yang saya telah berbincang, memikirkan MN telah berkubur ataupun dah mati lama tak ada kubur. Sememangnya tak ada keikhlasan di peringkat bawah.. di peringkat atas saya tidak tahulah," katanya yang turut dikenali sebagai Ku Li.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Cawangan di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh, Gua Musang, Kelantan, hari ini.
MN ditubuhkan 14 September 2019 selepas UMNO dan Pas setuju untuk bekerjasama bagi memperkukuhkan kuasa politik orang Melayu yang dikatakan semakin terhakis selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan Persekutuan pada 2018.
Sementara itu, dalam perkembangan lain Tengku Razaleigh berkata, pada pendapatnya, kekuatan mana-mana parti untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka masih lagi samar.
Katanya, setakat ini masih belum ada mana-mana parti yang menonjol dan menunjukkan potensi bakal dipilih rakyat.
Muhafandi Muhamad
Sat Nov 06 2021
Ku Li berkata, MN menyeleweng daripada matlamat asal selepas rakan gabungan Barisan Nasional (BN) iaitu Pas saling berbeza pendapat. - Gambar fail
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
PRN: Lantik Ku Li pengarah pilihan raya, Amanah serah pada BN
Amanah berkata pihaknya tidak memaksa BN untuk menerima keputusan tersebut.
Ku Li dilantik Penasihat UMNO - Laporan
Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dilantik sebagai penasihat kepada parti berkenaan, menurut sumber.
Haramkan penerimaan dana politik dari luar, cadang Tengku Razaleigh
Ku Li mendakwa, politik wang terus menular dalam negara disebabkan penguatkuasaan undang-undang yang longgar dan lemah.
Pemilihan UMNO: Tengku Razaleigh pertahan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang sejak 1962
Ku Li berjaya meraih 453 undi berbanding dua pencabarnya Che Mohd Izani Che Musa dengan 46 undi dan Datuk Saari Lembut yang hanya memperoleh lima undi.
Wakil Ku Li gagal batalkan keputusan PRU15 Parlimen Gua Musang
Petisyen ini didapati difailkan dengan tidak mematuhi undang-undang kerana melepasi had masa 28 hari.
Ku Li seru pengundi muda tidak boikot PRU15, rebut peluang mengundi
Pemilih berusia 18 tahun yang bakal mengundi buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diseru keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab mereka.
UMNO kalah teruk jika hadapi PRU15 tanpa persediaan - Ku Li
Tengku Razaleigh Hamzah yang turut dikenali sebagai Ku Li berkata, parti itu akan kalah teruk jika menghadapi PRU15 tanpa membuat persediaan secukupnya.
Bajet 2023: Kerajaan kena kawal kejatuhan nilai ringgit - Ku Li
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengharapkan supaya kerajaan mengawal kedudukan tukaran asing bagi menangani isu kos sara hidup menerusi pembentangan Belanjawan 2023 nanti.
MKT UMNO bincang tindakan Ku Li jumpa Amanah - Ahmad Maslan
Sebarang keputusan perlu mendapat persetujuan dan pandangan sebelum diluluskan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.
PRN Melaka: 'MN sudah berkubur, ataupun lama mati tak ada kubur' - Ku Li
Veteran UMNO itu mendakwa, MN menyeleweng daripada matlamat asal selepas rakan gabungan Barisan Nasional (BN) iaitu Pas saling berbeza pendapat.