awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka: Norhizam Hassan Baktee tidak dicalonkan - Majlis Presiden PH

Astro Awani
Astro Awani
21/10/2021
09:48 MYT
PRN Melaka: Norhizam Hassan Baktee tidak dicalonkan - Majlis Presiden PH
Majlis Presiden PH memutuskan untuk tidak meletakkan Datuk Norhizam Hassan Baktee sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. - Foto Facebook/Norhizam Hassan Baktee
KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) memutuskan untuk tidak meletakkan Datuk Norhizam Hassan Baktee sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Berkait empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Majlis Presiden PH turut menegaskan bahawa isu pencalonan mereka dalam PRN tidak berbangkit di dalam mesyuarat hari ini.
"Dalam isu empat bekas ADUN, Pakatan Harapan telah menerima pandangan semua pihak yang tegas tentang perkara ini.
"Perlu ditekankan kepentingan rakyat adalah lebih penting daripada mana-mana individu.
"Oleh kerana mereka bukan ahli mana-mana parti komponen Pakatan Harapan, maka soal pencalonan mereka dalam PRN tidak berbangkit di dalam mesyuarat hari ini," menurut kenyataan itu. LAPOR LANGSUNG PRN MELAKA DI SINI
Pada masa sama, Majlis Presiden Pakatan Harapan turut memutuskan menghantar wakil untuk bertemu serta berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung prosedur operasi standard (SOP) bagi PRN Melaka.
"Ini bagi menyampaikan pandangan Pakatan Harapan serta memastikan prinsip demokrasi dijunjung, hak parti-parti politik bertemu pengundi tidak terjejas, dan perjalanan pilihan raya adalah adil kepada semua pihak terutama pada ketika Melaka berada di dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara," menurut Majlis Presiden PH.
Dalam mesyuarat hari ini, Majlis Presiden PH turut bersetuju melantik Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari bagi mengetuai jentera pilihan raya Pakatan Harapan Melaka bagi menghadapi PRN Melaka.
Topic Berkaitan
#PRN Melaka
#Norhizam Hassan Baktee
#Majlis Presiden Pakatan Harapan
#komponen Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan