AYER KEROH: Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan cubaan merasuah pengundi di Melaka.
Ia susulan gambar yang menunjukkan beliau menghulurkan wang kepada seorang individu yang tular sejak semalam.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menjelaskan bahawa beliau sebenarnya sedang memulangkan baki wang kepada seorang lelaki yang membeli barangan dalam Program Gerai Prihatin Rakyat pada Sabtu.
"Tak ada, saya duduk dengan Mohd Rafiq. Mereka (pembeli) ini nak (beli barang). Dia bagi RM20, satu barang tu RM15, jadi saya serah (baki) kepada dia.
"Saya dah agak, mesti ada orang niat jahat kata tengok Tan Sri Muhyiddin bagi rasuah.
"Tak ada, itu niat baik, itu duit baki. Kalau mereka nak beli tiga barang RM45, pulang balik RM5.
"Takkan saya sebodoh itu," jelasnya lagi.
Gambar tersebut tular di laman sosial, antara lain memaparkan Muhyiddin sedang memberi wang RM5 kepada seorang lelaki di atas motosikal.
Mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa Gerai Prihatin Rakyat digunakan sebagai medium berkempen, jelas Muhyiddin, inisiatif itu telah dijalankan enam bulan lalu dalam membantu rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19.
"Sewajarnya mungkin sebab mereka iri hati, kalau ada pun mereka iri hati dengan Datuk Mohd Rafiq yang mulakan, bukan baharu, dah enam bulan berlangsung dan masih berterusan.
"Ini perkara amat saya hargai kerana mereka teruskan usaha pihak kerajaan beri bantuan kepada ramai orang Melaka memerlukan bantuan barangan lebih berpatutan harga sederhana diberikan kemudahan.
"Jadi saya fikir tidak ada salah. Yang penting mereka hargai usaha sebegini untuk menolong rakyat.
"Apa kerajaan buat, parti kita buat, itu langkah sewajarnya langkah harus dihargai semua pihak," jelasnya lagi.
Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin dalam programnya di Negeri Melaka hadir di beberapa Program Gerai Prihatin Rakyat.
Shuhada Abdul Kadir
Sat Oct 30 2021
Jelas Muhyiddin, gambar terbabit telah ditularkan sehingga mencetuskan fitnah kononnya beliau memberi rasuah kepada pengundi. - Foto media sosial
Tiada perjanjian dengan kerajaan untuk gugurkan saman - Bekas Pengarah SRC
Bekas Pengarah SRC Shahrol Azral Ibrahim Halmi tidak mempunyai resolusi dengan kerajaan untuk menggugurkan saman sivil AS$1.18 bilion terhadapnya.
PM Anwar gesa respons bersama secara global semasa dunia berdepan landskap perpecahan
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru tindak balas bersepadu secara global ditampilkan semasa dunia berhadapan dengan landskap global yang semakin berpecah-belah.
Tiada perbincangan dengan parti lain, GRS perkukuh kerjasama dengan PH plus
Timbalan Setiausaha Agung GRS Datuk Armizan Ali mengesahkan gabungan itu tiada berbincang engan parti lain bagi menghadapi PRN17 selain kerangka sedia ada iaitu bersama GRS plus.
Kemajuan projek LRA Kopogon lebih pantas daripada jadual
Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali berkata pihaknya akan berbincang mengenai kaedah bagi mempercepatkan projek LRA Kopogon agar dapat beroperasi secepat mungkin khususnya pada bahagian muka sauk dan loji rawatan.
Wan Junaidi puji inisiatif tenaga hijau Sarawak
TYT Sarawak Tun Wan Junaidi menyifatkan usaha kerajaan Sarawak untuk mengurangkan kesan perubahan iklum menerusi inisiatif tenaga boleh diperbaharui sebagai satu langkah yang tepat pada masanya.
Wan Junaidi rakam penghargaan terhadap Allahyarham Taib Mahmud
Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyifatkan pendahuunya Allahyarham Tun Abdu Taib Mahmud sebagai pemimpin yang telah mengubah stautus ekonomi dan taraf hidup rakyat Sarawak.
Hubungan akrab kerajaan Sarawak dan Persekutuan mudahkan tuntutan MA63
TYT Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berharap hubungan baik antara kerajaan Sarawak dan persekutuan diteruskan kerana ia memudahkan urusan berkaitan MA63 selain pembangunan pendidikan dan kesihatan di wilayah itu.
Aktiviti river trekking tidak mendapat kebenaran - Polis
Polis mengesahkan 15 orang peserta river trekking dalam tragedi Lembah Mak Sina di Lahad Datu tidak mendapat kebenaran atau kelulusan daripada pihak jabatan perhutanan.
Operasi cari lamat tamat, mangsa lemas kekal tiga orang
Mangsa yang terkorban dikenali sebagai Saleh Latani, Rosnaned Mutahir dan Saharuddin Badaruddin.
PM Anwar mahu Jabatan Imigresen bergerak sebagai satu pasukan mantap
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Jabatan Imigresen bergerak sebagai satu pasukan yang mantap dengan niat ikhlas untuk membawa perubahan.
PRN Melaka: 'Saya serahkan duit baki, jangan salah faham... itu fitnah' - Muhyiddin
Jelasnya, gambar terbabit telah ditularkan sehingga mencetuskan fitnah kononnya beliau memberi rasuah kepada pengundi.