awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka: UMNO terus persefahaman dengan Pas - Ahmad Maslan

Astro Awani
Astro Awani
28/10/2021
15:52 MYT
PRN Melaka: UMNO terus persefahaman dengan Pas - Ahmad Maslan
Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata keputusan itu selaras dengan ketetapan Perhimpunan Agong UMNO (PAU) 2020 iaitu memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini, memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan Pas dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata keputusan itu selaras dengan ketetapan Perhimpunan Agong UMNO (PAU) 2020 iaitu memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN).
"Asas perfahaman dengan Pas berpandukan kepada prinsip bahawa Pas menggunakan lambang partinya sendiri selaras dengan semangat dan ketetapan Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional dalam mesyuarat pada 19 Oktober 2020 dan 18 November 2020.
"Ini adalaah untuk mengelakkan pertembungan sesama sendiri dan pada masa sama mengekalkan penggunaan lambang parti masing-masing ketika pilihan raya," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Beliau berkata, MKT UMNO turut memberi mandat kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memuktamadkan sebarang keputusan berkaitan PRN Melaka.
Dalam pada itu, katanya mesyuarat turut memutuskan Mohamad dilantik sebagai Pengarah PRN Melaka.
Sementara itu, Bernama melaporkan, Ahmad juga berkata mesyuarat kali ini belum memuktamadkan nama calon dan pembahagian kerusi bagi PRN Melaka.
BACA: BN dikompaun RM10,000 langgar SOP PRN
Mengenai isu Barisan Nasional (BN) dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara, dengan mengadakan majlis pelancaran jentera PRN Melaka di World Trade Centre di sini Rabu lepas, beliau berkata pihaknya akan membuat rayuan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) agar kadar kompaun dikurangkan.
"Pada kefahaman kami, apabila KKM mengeluar kenyataan mengenai SOP terbaru, ia ditujukan pada aktiviti kempen dalam negeri Melaka.
"Kami bukan sengaja melanggar SOP ditetapkan, itu sebab kita adakan pelancaran jentera bukan hanya menggunakan satu dewan...kerana hendak jaga SOP, kita buat di dua dewan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat MKT itu.
Dalam pada itu, katanya, UMNO berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), memberi kelonggaran kepada parti politik untuk berkempen secara rumah ke rumah dalam bilangan peserta yang terhad bagi PRN Melaka.
"Kita harap mereka juga benarkan bilik gerakan beroperasi dengan kehadiran individu yang terhad, kerana mereka ini akan membantu jentera parti mengedarkan sebarang hebahan. Tindakan ini tidak bermakna UMNO dan BN tidak cakna dengan kesihatan rakyat," katanya.
Topic Berkaitan
#PRN Melaka
#MKT UMNO
#PAS
#kerjasama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan