awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BN dikompaun RM10,000 langgar SOP PRN

Bernama
Bernama
28/10/2021
01:37 MYT
BN dikompaun RM10,000 langgar SOP PRN
Notis itu juga memaklumkan kompaun RM10,000 akan habis tempoh pada 9 Nov ini. Foto Facebook/KKM
KUALA LUMPUR: Pejabat Kesihatan Kepong telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM10,000 kepada Barisan Nasional (BN) kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi perkongsian dalam platform media sosialnya memaklumkan, kompaun di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) itu dikeluarkan kepada BN susulan penganjuran majlis sosial di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC), malam tadi.
Notis kepada Setiausaha Eksekutif BN Mohamad Sahfri Ab Aziz yang dikongsikan oleh KKM menyebut parti itu melakukan kesalahan mengikut Peraturan 16 (1) PPPAPB (langkah-langkah di dalam kawasan jangkitan) kerana gagal memastikan penjarakan fizikal yang merupakan arahan Ketua Pengarah Kesihatan.
Notis itu juga memaklumkan kompaun RM10,000 akan habis tempoh pada 9 Nov ini.
Pelancaran Jentera BN Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Dewan Tun Hussein Onn, WTC itu turut dihadiri Pengerusi parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Pengerusi Datuk Seri Mohamad Hasan.
Baru-baru ini, KKM menguatkuasakan larangan tidak membenarkan sebarang aktiviti perhimpunan atau majlis sosial berkaitan PRN Melaka termasuk pelancaran jentera bermula 24 Okt hingga 27 Nov ini.
Menurut SOP Fasa Empat PPN yang dikemas kini Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 22 Okt, penganjuran majlis di dalam dewan atau tempat terbuka dibenarkan dengan kapasiti tetamu 50 peratusruang penganjuran majlis selain perlu memastikan penjarakan fizikal.
Majlis tidak dibenarkan sekiranya sukar untuk mengawal keadaan apabila terdapat ramai orang pada satu-satu masa dan sukar untuk mengawal keperilakuan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal pada 16 Nov ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kompaun
#BN
#penjarakan fizikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan