awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Keputusan STAM 2025 catat pencapaian memberangsangkan, GPK 2.81 - KPM
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Mohd Najib mahu jadi orang tengah, rancakkan pelancongan di Port Dickson

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
06/08/2023
20:00 MYT
PRN: Mohd Najib mahu jadi orang tengah, rancakkan pelancongan di Port Dickson
Calon Barisan Nasional di Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Mohd Najib Mohd Isa mahu menjadikan Port Dickson sebagai destinasi pelancongan bertaraf nasional.
PORT DICKSON: Calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang mahu menjadikan Port Dickson sebagai destinasi pelancongan bertaraf nasional.
Mohd Najib Mohd Isa berkata, sekiranya tahap itu dapat dicapai, lebih banyak dana akan diperuntukkan di kawasan itu, membolehkan kawasan peranginan itu terus membangun.
Begitupun, katanya, beliau mahu menjadi orang tengah antara peniaga, pengunjung dan pihak berkuasa bagi memastikan setiap perancangan memuaskan hati semua pihak.
“Saya akan menjadi orang tengah antara masyarakat, antara peniaga dan pihak berkuasa sebab kadang-kadang pihak berkuasa nak buat ‘A’, tapi pengunjung, peniaga mungkin nak buat ‘A+’.
“Kita sebagai orang tengah cuba selaraskan supaya apa yang dapat kita laksanakan kena di hati peniaga yang akan berada di sini setiap hari dan kena dengan mata pengunjung yang akan datang setiap kali ada peluang,” katanya.
Tambah beliau, jumlah pelancong semakin meningkat dan keselesaan mereka harus diutamakan dengan berterusan menambah baik dan menyediakan infrastruktur lengkap kepada pengunjung.
Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa berkempen bertemu belia di Tapak Pasar Malam Batu 4, di Port Dickson.
Mohd Najib yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Port Dickson berdepan pertembungan satu lawan satu dengan calon Perikatan Nasional, Abdul Fatah Zakaria.
Topic Berkaitan
#Port Dickson
#Bagan Pinang
#pelancongan
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan