Skip to main content

Politik

PRN Negeri Sembilan: Ismail Lasim, Menteri Besar ke-9?

Ismail Lasim -- FB
Ismail yang berusia 67 tahun disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar Negeri Sembilan yang ke-10.
Advertisement

SERI MENANTI: Siapa calon Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu masih menjadi teka-teki ketika ini.

Astro AWANI cuba mendapatkan beberapa sumber terdekat bagi mendapatkan nama-nama calon yang berpotensi mengisi jawatan tersebut selepas Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berjaya memperoleh duapertiga majoriti dalam Pilihanraya Negeri Sembilan ke-16 (PRN16), pada Sabtu.

Ia selepas Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada lewat Sabtu mengesahkan telah mempersembahkan tiga nama calon Menteri Besar yang baharu kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, untuk pertimbangan dan perkenan baginda.

Beberapa nama yang disebut-sebut dan antara yang mencuri tumpuan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Datuk Ismail Lasim.

Ismail yang berusia 67 tahun mula diberi mandat sebagai wakil rakyat DUN Senaling pada 1999 dan seterusnya berjaya mempertahankan kerusi itu sehingga 2013.

Pada Pilihan Raya Umum tahun 2018, Ismail bertanding pula di kerusi DUN Juasseh seterusnya berjaya mengukuhkan penguasaan BN di kerusi itu setelah menang dalam saingan tiga penjuru menentang calon PKR dan Pas.

Seterusnya pada 2023, beliau sekali lagi bertanding di DUN Senaling dalam saingan dua penjuru menentang calon PN, Amrina Mohamad Khalid namun merekodkan majoriti tipis dengan 662.

Untuk PRN16, beliau kembali bertanding di Juasseh dan berjaya menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Mohd Aidil Abdullah dan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Mohd Zuhaimi Md Yusof dengan 4,091 majoriti.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) lewat malam tadi mengumumkan keputusan rasmi PRN Negeri Sembilan menyaksikan BN memenangi 18 daripada 36 kerusi DUN, manakala PN memperoleh tujuh kerusi dan PH memenangi 11 kerusi.

Keputusan itu memberi BN dan PN 25 kerusi DUN, sekali gus majoriti yang mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri baharu.
 

Must Watch Video

Advertisement