Skip to main content

Politik

PRN Negeri Sembilan: PH tinggalkan legasi pentadbiran cemerlang sepanjang lapan tahun - Anwar

JELEBU, 29 Julai -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menyampaikan ucapan pada Sesi Minum Petang Bersama PMX Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah di Simpang Durian, hari ini.  --FotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA    JELEBU, July 29 -- Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim delivers his speech during the PMX Afternoon Tea Session with the Chennah State Legislative Assembly (DUN) constituency in Simpang Durian today.   --fotoBERNAMA (2026) COPYRIGHT RESERVED
Anwar merakamkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas mandat yang diberikan rakyat Negeri Sembilan. - Gambar fail/Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) meninggalkan legasi pentadbiran  cemerlang di Negeri Sembilan sepanjang lapan tahun menerajui kerajaan negeri, kata pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, legasi berkenaan berteraskan tatakelola baik, kestabilan serta pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Alhamdulillah, sepanjang tempoh tersebut, Pakatan Harapan telah meninggalkan legasi pentadbiran yang cemerlang berteraskan tatakelola baik, kestabilan serta pembangunan yang memanfaatkan rakyat.

“Semoga legasi ini terus diperkukuh demi kemajuan Negeri Sembilan,” katanya menerusi kenyataan di media sosialnya.

Dalam pada itu, Anwar merakamkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas mandat yang diberikan rakyat Negeri Sembilan.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh pengundi yang telah mengambil bahagian dalam proses demokrasi yang selesai berlangsung.

Anwar turut menghargai kepercayaan rakyat Negeri Sembilan kepada PH dan Datuk Seri Aminuddin Harun yang berkhidmat sebagai Menteri Besar selama lapan tahun.

“Penghargaan juga kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan yang telah memberikan kepercayaan kepada Pakatan Harapan dan Aminuddin sebagai Menteri Besar selama lapan tahun,” katanya.

Anwar turut memberi jaminan Kerajaan Persekutuan akan terus memberi dukungan dan kerjasama kepada kerajaan negeri yang baharu.

Katanya, kerjasama itu penting demi memastikan kesejahteraan serta kemakmuran Negeri Sembilan dan rakyat secara keseluruhannya terus terpelihara.

Must Watch Video

Advertisement