ALOR SETAR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar menzahirkan keyakinan bahawa gabungan antara komponen berkenaan bersama Barisan Nasional (BN) berkemampuan untuk menawan serta mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Menurut beliau, hasrat berkenaan akan dapat direalisasikan sekiranya berlaku peralihan undi daripada Perikatan Nasional (PN) kepada gabungan PH-BN sekitar 10 peratus.
"Saya sangat berkeyakinan jika dicampurkan undi BN dan PH pada pilihan raya (PRU15) baru-baru ini, kita hanya perlu bawa balik (dapatkan) undi yang lari daripada BN dan PH hanya sekitar enam dan tujuh peratus sahaja, sebab itu saya yakin kalau enam hingga tujuh peratus kita dapat undi yang lari (kepada PN) pada Pilihan Raya Umum yang lalu, maknanya confirm boleh dapat 16 kerusi (DUN).
"Itu kalau 6-7 peratus, kalau naik sampai 10 peratus, saya percaya insya-Allah kita mampu tubuh kerajaan (negeri)," katanya.
Mahfuz berkata demikian ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pimpinan Negeri Barisan Nasional dan Pakatan Harapan Kedah, di Pejabat UMNO Kedah, Bangunan Tunku, Alor Setar pada Ahad.
Dalam perkembangan sama, Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengesahkan bahawa perbincangan mengenai calon yang akan ditampilkan kedua-dua parti berkenaan sudah selesai dan akan diumumkan sebelum tarikh penamaan calon bagi PRN kelak.
Tambah beliau segala perkara berbangkit termasuk isu pertindihan kerusi sudah diselesaikan dalam rundingan yang berlangsung membabitkan BN-PH dan ianya akan dimuktamadkan oleh Presiden kedua-dua parti dalam masa terdekat.
"Kita sudah selesai berkaitan (urusan) calon, jadi itu kita sudah ada (nama) dan tunggu masanya (kita akan umumkan), insya-Allah sebelum daripada tarikh penamaan calon yang akan ditetapkan SPR nanti kita akan umum calon-calon.
"Kita pun telah bersetuju supaya satu tempat sahaja pengumuman calon ini, tidak ada BN tempat lain, Pakatan Harapan tempat lain, kita cadangkan satu tempat atas nama perpaduan negeri Kedah ini, kita umum satu tempat (sahaja) calon kita nanti," katanya lagi.
Minggu lalu, Mahfuz yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) yakin aura Gelombang Hijau di Kedah semakin menurun dan mendakwa gabungan itu bersama Barisan Nasional (BN) sudah menguasai sokongan 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.
Beliau berkata, Gelombang Hijau yang digembar-gemburkan sebelum ini hanyalah sekadar arus perkauman dan keagamaan yang sempit semata-mata.
Abd Hadi Che Awang
Sun Jul 02 2023
Mahfuz (kiri) ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pimpinan Negeri Barisan Nasional dan Pakatan Harapan Kedah, di Pejabat UMNO Kedah, Bangunan Tunku, Alor Setar pada Ahad. - Foto Astro AWANI
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
PRN: PH-BN mampu tawan Kedah jika berlaku peralihan 10 peratus undi - Mahfuz
PH Kedah yakin bahawa gabungan bersama BN negeri berkemampuan untuk menawan serta mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri itu dalam PRN akan datang.
PH umum 14 calon kerusi Parlimen Kedah kecuali Langkawi
Mahfuz berkata calon PH bagi kerusi Langkawi akan diputuskan kemudian tetapi enggan mengulas sebab ia tidak diumum malam tadi.
PH Kedah sedia bekerjasama dengan Pejuang hadapi PRU15
Phahrolrazi berkata keterbukaan pihaknya terutama Parti Amanah Negera (Amanah) selaras seruan presiden parti itu untuk memperbanyakkan rakan serta mengurangkan musuh politik.