awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: PH-BN boleh menang lima negeri - Ahmad Maslan

Bernama
Bernama
11/08/2023
11:57 MYT
PRN: PH-BN boleh menang lima negeri - Ahmad Maslan
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berpeluang memenangi lima daripada enam negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), esok. - Gambar fail/Sinar Harian
PUTRAJAYA: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berpeluang memenangi lima daripada enam negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), esok.
Beliau berkata Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang mudah ditawan untuk Kerajaan Perpaduan manakala Kedah dan Terengganu pula negeri bersifat 'swing state' (mudah berubah) dan Kelantan sukar kerana kebanyakan pengundi di luar negeri itu tidak mahu perubahan.
"Swing state di mana sekejap menyokong pembangkang dan sekejap berubah kepada BN. Saya ada keyakinan kerana saya turun ke lapangan ketika berkempen di negeri itu...insya-Allah kita boleh menjadi kerajaan di lima negeri," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Pelepasan Kontena 'Kempen Infak dan Wakaf Satu Juta Al-Quran', di sini hari ini.
Ahmad berkata Kerajaan Perpaduan berharap diberi peluang untuk menyelesaikan masalah utama di Kelantan termasuk kemiskinan tegar, bekalan air dan peluang pekerjaan anak muda.
PRN di enam negeri itu melibatkan 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Kuala Terengganu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN
#PH BN
#menang
#Ahmad Maslan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan