awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: PKR putuskan Aminuddin Harun wajar dikekalkan sebagai MB Negeri Sembilan - Anwar

Bernama
Bernama
22/07/2023
16:55 MYT
PRN: PKR putuskan Aminuddin Harun wajar dikekalkan sebagai MB Negeri Sembilan - Anwar
PKR memutuskan Datuk Seri Aminuddin Harun wajar dikekalkan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan sekiranya gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) itu bulan depan. - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: PKR memutuskan Datuk Seri Aminuddin Harun wajar dikekalkan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan sekiranya gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) itu bulan depan.
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini kerana Aminuddin telah menunjukkan prestasi yang memuaskan ketika memimpin Negeri Sembilan dan banyak melaksanakan usaha membantu penduduk dengan pelbagai program.
"Maknanya tidak ada ruang untuk orang kata Menteri Besar ini sukar ditemui atau tidak menyantuni (rakyat). Oleh itu, kita ada barisan pimpinan yang membanggakan kita.
Negeri Sembilan saya belum buat apa-apa pengumuman (mengenai kedudukan Menteri Besar), kerana perbincangan itu mengambil masa yang agak panjang dengan rakan kita yang lain tetapi kita telah sampaikan pandangan kita kepada Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi," katanya ketika berucap pada majlis pengumuman calon PKR di Padang Awam Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 7 di sini malam ini.
Terdahulu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengumumkan Aminuddin kekal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PKR
#Aminuddin Harun
#MB Negeri Sembilan
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan