awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: PN kekal guna logo gabungan di empat negeri - Muhyiddin

Bernama
Bernama
20/05/2023
08:41 MYT
PRN: PN kekal guna logo gabungan di empat negeri - Muhyiddin
Muhyiddin menyifatkan PRN kali ini akan menjadi satu tanda aras baru yang akan menunjukkan hala tuju masa depan politik negara. - Gambar fail/Bernama
MUAR: Perikatan Nasional (PN) akan kekal menggunakan logo perikatan berkenaan di empat negeri pada Pilihan Raya negeri (PRN) akan datang, sama seperti ketika Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas.
Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata empat negeri berkenaan ialah Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan juga Kedah, selain masih menunggu kata putus daripada Kelantan serta Terengganu.
"Setakat hari ini kita kekalkan...kecuali kalau PAS minta perubahan, sebelum ini mereka (PAS) menerima logo PN di Kedah dan mereka gunakannya sampai sekarang, mereka masih kekalkannya.
"Tapi di Kelantan dan Terengganu kalau mereka gunakan logo PAS pun tidak mengapa. Orang dah kenal dah PN ini, hanya untuk pilihan raya tetapi secara dasarnya hubungan kita dalam PN cukup baik.
"Ia (hubungan) ada kemajuan sebenarnya jika nak dibandingkan dengan PRU yg lepas," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Jamuan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Pagoh dan Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Kepong di Kompleks Sukan Pagoh, yang turut dihadiri oleh Adun Bukit Kepong Datuk Seri Dr Sahruddin Jamal.
Muhyiddin turut menyifatkan PRN kali ini akan menjadi satu tanda aras baharu yang akan menunjukkan hala tuju masa depan politik negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perikatan Nasional
#Muhyiddin Yassin
#PRN
#logo perikatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan