awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Polis terima laporan hantaran palsu wujud rancangan merusuh

Sinar Harian
Sinar Harian
07/08/2023
04:10 MYT
PRN: Polis terima laporan hantaran palsu wujud rancangan merusuh
PDRM meminta semua pihak memberi kerjasama dengan mematuhi segala peraturan sepanjang berlangsung tempoh pilihan raya. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Polis menerima satu laporan berhubung hantaran palsu di laman sosial yang mendakwa wujud perancangan untuk mengadakan rusuhan oleh sebuah gabungan parti politik.
Ketua Urusetia Pilihan Raya Negeri (PRN) Polis Kontinjen Terengganu, Asisten Komisioner Noor Halim Nordin berkata, laporan itu dibuat di Balai Polis Chukai, Kemaman pada Ahad.
"Berdasarkan laporan itu, pengadu terlihat satu hantaran ayat berbunyi UMDAP sedang cuba mencipta rusuhan seperti mana yang berlaku pada 13 Mei.
"Hantaran itu dilihat ketika pengadu melayari laman sosial Facebook," katanya dalam kenyataan, di sini pada Isnin.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan bagi menyekat penyebaran berita yang mampu menimbulkan ketakutan atau kegentaran kepada awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyebar berita palsu.
Sementara itu, katanya, sebanyak 55 aktiviti ceramah diluluskan pada Sabtu iaitu melibatkan 36 permohonan (Perikatan Nasional), 18 permohonan (Barisan Nasional) dan satu permohonan dari Pakatan Harapan (PH).
"Pihak polis komited dalam mempertahankan keselamatan negara dan ketenteraman awam selari dengan Akta Polis dan lain-lain peruntukan undang-undang sedia ada.
"Justeru, semua pihak perlu memberi kerjasama dengan mematuhi segala peraturan sepanjang berlangsung tempoh pilihan raya," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRN
#PRN Terengganu
#rusuhan
#UMDAP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan