TAPAH: Kerajaan Perpaduan dijangka memuktamadkan pembahagian kerusi untuk enam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada pertengahan bulan hadapan.
Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, setakat ini mesyuarat mengenai perkara itu telah diadakan dua kali, yang terbaharu pada 19 Mac lalu.
Beliau mengakui rundingan ini lebih kompleks kerana banyak perkara perlu diberikan penelitian agar pembahagian kerusi benar-benar menggambarkan semangat bersatu padu di kalangan parti di bawah Kerajaan Perpaduan.
“Ini jadi cabaran utama kepada setiap pemimpin parti kerana kita tahu, kalau dulu, tiga orang makan satu pinggan berkongsi satu dulang makan nasi ambeng.
“Jika BN (Barisan Nasional) bertanding, maka pembahagian hanya bersama parti kompenan BN.
"Senario sekarang berbeza, lebih kompleks kerana melibatkan gugusan parti yang ada BN dan PH (Pakatan Harapan).
“Jadi semangat perpaduan perlu digambarkan sepenuhnya dalam konteks pembahagian kerusi ini," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pusat Khidmat ADUN Chenderiang di sini, hari ini.
Enam PRN yang dimaksudkan ialah di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang
Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam berkata, banyak lagi aspek perlu diambil kira dan diperincikan termasuk kerusi-kerusi tradisi yang ditandingi setiap parti.
Menurutnya, sejak tertubuhnya Kerajaan Perpaduan, semua percaturan politik jadi berlainan dan ia akan menjadi satu topik hangat yang dibincangkan semua parti.
"Dulu PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15) yang melawan jadi kawan… jadi kita nak memikirkan pergerakan bersama supaya nanti mereka yang sudah menjadi kawan tidak menjadi lawan," ujarnya.
Dalam pada itu, Ka Siong berkata, Pusat Khidmat ADUN Chenderiang yang dibuka berdekatan Dewan Bukit Pagar di sini penting dalam memastikan penyampaian perkhidmatan lebih baik kepada rakyat.
Katanya, ini kerana di kawasan Tapah, Ahli Parlimennya dan dua ADUN, semuanya daripada BN.
Pada PRU15 lalu, kerusi Parlimen Tapah dimenangi Datuk Seri M Saravanan dari MIC, kerusi DUN Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin (UMNO) dan DUN Chenderiang, Choong Shin Heng (MCA).
Abd Razak Mohd Ali
Sun Mar 26 2023

Ka Siong merasmikan Pusat Khidmat ADUN Chenderiang di sini, hari ini. - Gambar/ Astro AWANI

Korban banjir di Haiti meningkat kepada 51 orang
Hujan lebat di Haiti menyebabkan sekurang-kurangnya 51 orang maut, 18 hilang manakala 140 lagi cedera, menurut Direktorat Perlindungan Awam pada Selasa.

Maxis ulangi komitmen untuk tandatangani perjanjian akses 5G dengan DNB
Maxis Bhd (Maxis) mengulangi komitmennya untuk menandatangani perjanjian akses 5G dengan Digital Nasional Bhd (DNB) untuk menyediakan perkhidmatan 5G kepada pelanggan mereka.

Anak bekas menteri akan fail representasi berhubung tuduhan libatkan minyak masak
Mahkamah menetapkan 12 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Setiausaha syarikat ditahan bantu siasatan kes penipuan RM207,832
Lelaki berusia 48 tahun itu ditahan ketika hadir menyerah diri di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Barat Daya.

SPRM tahan pegawai imigresen bantu siasatan terima rasuah lebih RM500,000
Suspek berusia 37 tahun itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di pejabat SPRM di sini petang tadi.

Ribut siklon Biparjoy dijangka terus mengganas - IMD
Siklon itu akan bergerak hampir ke utara dalam tempoh 24 jam seterusnya dan kemudian ke utara-barat laut dalam tempoh tiga hari berikutnya.

Polis tumpaskan sindiket penipuan dalam talian
Seramai 16 ahli sindiket warga tempatan termasuk enam wanita, berumur lingkungan 15 hingga 37 tahun ditahan.

Teknologi awan, pusat data main peranan besar dalam Digital Malaysia - Fahmi
Teknologi awan dan pusat data adalah perkara asas untuk mencapai sumbangan ekonomi digital 25.5 peratus kepada KDNK pada 2025.

Terbuka Singapura: Tze Yong, Soon Huat-Shevon mara ke pusingan kedua
Perseorangan badminton lelaki negara Ng Tze Yong melepasi pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2023 hari ini, selepas mengetepikan cabaran pemain Ireland.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada masa ini, penanda aras harga minyak mentah Brent meningkat 0.66 peratus kepada AS$76.79 setong.

Gabungan formula taruhan PH-BN, bukan hanya status quo - Mahfuz
Mahfuz berkata, rundingan akhir kini hanya melibatkan empat kerusi atau sekitar 10 peratus yang masih belum dimuktamadkan.

Melayu mudah lupa bersama PH - Abdul Hadi
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang melabelkan orang Melayu termasuk pemimpinnya yang bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) sebagai Melayu yang mudah lupa.

Tawaran sertai Kerajaan Perpaduan diterima selepas PRU15 - Hadi
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengakui tawaran kerjasama bagi menyertai Kerajaan Perpaduan diterima selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

PN akui wujud pelawaan terhadap Pas sertai Kerajaan Perpaduan - Hamzah
Perikatan Nasional (PN) akui wujud pelawaan kerjasama politik melibatkan PAS bagi menyertai Kerajaan Perpaduan.

Kabinet tidak pernah bincang tawaran untuk Pas sertai Kerajaan Perpaduan
Kabinet setakat ini tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan mahu pun tawaran terhadap parti PAS untuk menyertai Kerajaan Perpaduan.

Kenyataan MB Kedah, Pulau Pinang milik Kedah satu hasutan - Ahmad Zahid
Kenyataan Pulau Pinang milik Kedah yang dibuat Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor, adalah satu tindakan menghasut, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Kaji selidik: 'Kami tengah buat kerja' - Rafizi
Kaji selidik yang dijalankan Endeavour-MGC menunjukkan rakyat sebenarnya lebih berpuas hati dengan pentadbiran sekarang dalam menguruskan ekonomi.

Sistem visa pekerja mahir asing bersepadu bermula 15 Jun - Rafizi
Proses tersebut dijangka mengurangkan karenah birokrasi, sekali gus mencerminkan komitmen kerajaan dalam usaha menarik pelabur-pelabur asing.

Anwar pilihan tertinggi sebagai PM - Kaji selidik Endeavour-MGC
46 peratus responden semua kaum dan 32 peratus responden Melayu mahu Pengerusi Pakatan Harapan itu memimpin negara untuk tempoh sekarang.

Majoriti responden belum puas hati cara kerajaan tangani inflasi, kos sara hidup - Kajian
Hanya 27 peratus responden Melayu dan 32 peratus responden semua kaum berpuas hati dengan pentadbiran Anwar dalam menangani kedua-dua isu berkenaan.