awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Badminton: Seorang pemain negara keluar BAM
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: 76 peratus keluar undi awal di 55 pusat mengundi - SPR

Bernama
Bernama
22/09/2020
13:38 MYT
PRN Sabah: 76 peratus keluar undi awal di 55 pusat mengundi - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan peratusan itu selepas 55 pusat mengundi awal, yang dibuka serentak bermula jam 8 pagi tadi, ditutup pada 5 petang. -Foto BERNAMA
Sebanyak 76 peratus daripada 16,877 pengundi awal terdiri daripada anggota polis, tentera dan pasangan mereka menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan peratusan itu selepas 55 pusat mengundi awal, yang dibuka serentak bermula jam 8 pagi tadi, ditutup pada 5 petang.
Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador ketika meninjau proses pengundian awal PRN Sabah di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di sini memaklumkan seramai 270 pegawai dan anggota polis di negeri ini tidak dapat mengundi awal kerana mereka terpaksa melalui proses kuarantin.
Turut hadir meninjau perjalanan pengundian awal ialah Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Abdul Ghani Salleh.
Semua pusat pengundian mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan menyediakan cecair pembasmi kuman dan pemeriksaan suhu badan.
Rakyat Sabah akan mengundi Sabtu ini untuk memilih kerajaan negeri yang baharu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerajaan
#Ketua Polis Negara
#operasi
#pilihan raya
#polis
#PRN Sabah
#rakyat
#SOP
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#tentera
#undi awal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan