awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: Armizan sahkan tidak tanding kerusi DUN di Papar

Bernama
Bernama
28/04/2025
14:10 MYT
PRN Sabah: Armizan sahkan tidak tanding kerusi DUN di Papar
Armizan berkata selaku menteri di peringkat Persekutuan dan Ahli Parlimen Papar, menjadikan masanya terhad dan tiada keperluan untuk bertanding di peringkat kerusi DUN. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
PAPAR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang, sebaliknya akan terus memberi fokus sebagai Ahli Parlimen Papar.
Beliau berkata selaku menteri di peringkat Persekutuan dan Ahli Parlimen Papar, menjadikan masanya terhad dan tiada keperluan untuk bertanding di peringkat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Saya baru dua tahun lebih jadi Ahli Parlimen dan biar saya tunaikan apa dimahukan rakyat di Papar. Kita banyak pemimpin hebat di Papar dan apa saya mahu, siapa yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dapat bekerjasama baik dengan saya untuk membangunkan Papar.
"Selaku menteri saya juga kena jaga negeri-negeri lain. Saya mahu pasukan kuat, ADUN (di kawasan Parlimen Papar) yang sentiasa boleh bekerjasama rapat dengan saya, agar kita mampu buat perubahan dan merealisasikan apa dimahukan rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majestic Ballroom di 10 Star Cinemas, Parklane City Benoni Papar di sini hari ini.
Sementara itu, Armizan yang juga Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata gabungan berkenaan, sudah lama bersedia untuk menghadapi PRN Sabah Ke-17 (PRN17).
"Di Papar, kita sudah banyak melakukan pelbagai program bersama rakyat dan saya lihat ADUN-ADUN yang tinggal di sini selalu bersama rakyat. Oleh itu saya yakin mereka boleh menang dalam pilihan raya negeri akan datang," katanya.
Untuk rekod, tiga kerusi DUN di kawasan Parlimen Papar ialah Limbahau, Kawang dan Pantai Manis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kos sara hidup
#pilihan raya negeri
#pemimpin hebat
#bersama rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan