PRN Sabah: Kriteria etnik, subetnik calon antara yang dipertimbangkan - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid ditemui media ketika hadir merasmikan Konvensyen 152 Peringkat Kebangsaan di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam hari ini. - Foto Bernama
SHAH ALAM: Kriteria etnik dan subetnik antara yang diambil kira Barisan Nasional (BN) dalam pemilihan calon yang akan mewakili parti itu pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah yang akan datang, kata Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ringkasan AI
- BN ambil kira kriteria etnik dan subetnik dalam pemilihan calon PRN17 Sabah, selain konsep WALI (winnable, acceptable, likeable) dan tinjauan lapangan.
- Gabungan muka baharu dan tokoh muda akan diketengahkan bersama calon berprestasi tinggi daripada pilihan raya lepas.
- Senarai calon telah ditapis oleh PDRM, SPRM dan Mahkamah Syariah bagi memastikan integriti sebelum diumum pada hari penamaan calon.
"Insya-Allah, banyak muka baharu dan tokoh-tokoh muda yang akan diketengahkan, selain mengekalkan beberapa nama lama yang berprestasi tinggi dalam pilihan raya lepas dan menterjemahkan perkhidmatan mereka di kawasan yang diwakili," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan penutup Konvensyen 152 Peringkat Kebangsaan di Universiti Teknologi Mara, di sini hari ini.
Mengulas mengenai jumlah kerusi yang bakal ditandingi BN nanti, Ahmad Zahid berkata ia akan diumumkan pada hari penamaan calon kelak.
Sebelum ini, Ahmad Zahid dilaporkan berkata BN telah menghantar senarai nama calon PRN17 Sabah kepada pihak berkuasa, bagi memastikan hanya mereka yang mempunyai latar belakang integriti tinggi dipilih mewakili parti itu.
Beliau berkata nama calon bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) telah diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Mahkamah Syariah untuk tapisan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami