Proses pembahagian kerusi antara UMNO dan Bersatu untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah telah selesai dan ia akan diumumkan esok, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa.
Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata UMNO dan Bersatu telah mencapai kata sepakat berhubung jumlah kerusi yang akan ditandingi dalam proses rundingan yang berjalan dengan harmoni.
"Saya boleh kata ia (pembahagian kerusi) telah 100 peratus selesai," katanya kepada media selepas menghadiri Program Bubur Asyura di Surau An-Najah di sini, hari ini.
Menurutnya, pengumuman calon yang akan bertanding akan dibuat oleh Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Sebanyak 73 kerusi DUN Sabah akan dipertandingkan pada PRN Sabah yang dijadualkan pada 26 September ini. Hari penamaan calon ditetapkan Sabtu ini manakala hari mengundi awal, 22 September.
Annuar berkata UMNO dan Bersatu akan memberi tumpuan di 45 kerusi yang majoritinya adalah bumiputera Islam pada PRN Sabah itu, manakala baki 28 lagi kerusi pula akan ditandingi oleh parti-parti lain di bawah Perikatan Nasional (PN).
Beliau memberi bayangan tentang kemungkinan ada dua calon dari PN yang akan bertanding di satu kawasan DUN.
"Kemungkinan ada beberapa kerusi dibenarkan oleh parti dalam PN untuk diletakkan lebih dari satu calon.
"Contohnya kalau di situ ada Bersatu mungkin akan ada STAR... kita kena kaji profil dan kekuatan masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 09 2020
Annuar berkata UMNO dan Bersatu akan memberi tumpuan di 45 kerusi yang majoritinya adalah bumiputera Islam pada PRN Sabah.
Agenda AWANI: Mentakrifkan semula kejayaan
Apakah strategi Yayasan Peneraju dalam memperkasa dan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam penciptaan nilai dan penguasaan ekonomi dalam sektor baharu?
Diskusi dan analisis dalam Agenda Awani jam 9:00 malam ini.
Diskusi dan analisis dalam Agenda Awani jam 9:00 malam ini.
Huawei perkenal inovasi terbaharu WATCH FIT 3, Matebook X Pro
Boleh dipadankan dengan kedua-dua peranti iOS dan Android serta bateri yang mampu bertahan sehingga 10 hari, HUAWEI WATCH FIT 3 memastikan pemakai kekal berhubung dengan lancar.
Maszlee cadang Chong Wei bantu kembangkan bakat pemain badminton Rusia
Pengerusi IAIS Malaysia, Profesor Maszlee Malik, berhasrat menggunakan kepada kepakaran seperti Datuk Lee Chong Wei untuk membantu menggilap bakat badminton di Rusia.
AWANI Ringkas: Insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis cari suspek ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel
Artis tersebut membuat laporan di balai di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Daerah Kajang pada 14 Mei lalu.
[TERKINI] Serangan Ulu Tiram: Lima anggota keluarga suspek ditahan
Sebelum berakhir, ini lagi laporan yang baru kami terima berhubung serangan Ulu Tiram.
Polis mengesahkan menahan lima ahli keluarga suspek serangan yang didakwa merupakan ahli Jemaah Islamiyah.
Kesemua mereka berumur antara 19 ke 62 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
Polis mengesahkan menahan lima ahli keluarga suspek serangan yang didakwa merupakan ahli Jemaah Islamiyah.
Kesemua mereka berumur antara 19 ke 62 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
Penganggur didakwa edar heroin 9.2 kilogram
Seorang lelaki, A. Nathan, didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan mengedar 9.2 kilogram.
Malaysia mengalu-alukan permohonan Afrika Selatan di ICJ untuk hentikan genosid Israel di Gaza
Malaysia menyokong sepenuhnya dan menyambut baik usaha Afrika Selatan untuk menghentikan genosid ke atas rakyat Palestin di Gaza.
[TERKINI] KDNK berkembang 4.2% pada suku pertama 2024
Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan, prestasi ini didorong oleh aktiviti permintaan domestik yang menggalakkan dan disokong oleh keadaan pasaran buruh yang lebih baik.
Google Photos kelak boleh sembunyi meme, gif
Google menguji kemampuan menyembunyikan meme dan GIF yang telah disandarkan agar laman utama Google Photos lebih kemas.
PRK KKB: Bukan kali pertama BN berkempen untuk calon wakili Kerajaan Perpaduan - Zambry
BN dan PH pernah bersama dalam beberapa siri PRK sebelum ini termasuk Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor dan terbaharu di DUN Kuala Kubu Baharu.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.