Pemuda UMNO menyambut baik keputusan kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) yang meletakkan 40 peratus calon muda, termasuk wakil Pemuda UMNO Sabah, dalam Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN), 26 Sept ini.
Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata Pemuda UMNO akan berkempen mendekati pengundi muda yang berumur lingkungan 40 tahun dan ke bawah sebagai sasaran parti itu dalam PRN kelak.
"Sepertimana kita lakukan di Kimanis (PRK, Januari lalu) berasaskan di pusat-pusat daerah mengundi (PDM) dan program kita pun bersifat terfokus. Ini adalah strategi yang kita berjaya laksanakan di Kimanis dan akan guna pakai dalam konteks PRN Sabah.
"Sebenarnya banyak isu-isu tempatan yang akan diperjuangkan (PRN Sabah) dan kita serahkan kepada kepimpinan pemuda Sabah untuk menjuarai isu berkenaan dan mereka akan kita tonjolkan sebagai jurucakap dan penceramah utama.
"Di peringkat Pemuda pusat (UMNO), kita akan membantu dari segi jentera kita dibawa ke sana (Sabah) untuk menyelaraskan gerak kerja dan segala bentuk kempen yang akan diterajui Pemuda BN Sabah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat bulanan Pemuda UMNO, di sini hari ini.
UMNO mengumumkan akan bertanding 31 kerusi daripada 73 kerusi yang Dewan Undangan Negeri (DUN), termasuk 13 kerusi baharu yang diwujudkan berikutan proses persempadanan semula.
Hari pencalonan PRN Sabah ditetapkan Sabtu ini.
Sementara itu, mengulas isu pelajar Universiti Malaysia Sabah, Veveonah Mosibin, beliau berkata, pelajar berkenaan sebenarnya telah membuka mata mengenai kemudahan jaringan telekomunikasi dan akses internet yang lemah di Sabah, sekali gus telah memberi kesan terhadap pelajaranya.
"Kita perlu lihat (isu ini) dalam perspektif lebih besar. Veveonah hanya mewakili cerminan kepada apa yang berlaku di banyak tempat seluruh Malaysia.
"Tanpa suara Veveonah, mungkin isu jurang digital tidak akan hangat dibincangkan seperti sekarang. Suara Veveonah mewakili suara pelajar luar bandar yang terperangkap dalam masalah jurang digital, suara yang mungkin pembuat dasar terlepas pandang sebelum ini," katanya.
Justeru, katanya Pemuda UMNO mencadangkan tiga perkara untuk dipertimbangkan oleh kerajaan iaitu mengenal pasti jurang liputan, memperbaiki dan melabur dalam infrastruktur rangkaian telekomunikasi di kawasan luar bandar.
"Ini antara perkara yang menjadi keprihatinan Pemuda (UMNO) dan kita tidak mahu membincangkan polemik soal siapa yang bersalah dalam hal ini. Kita bincang bagaimana nak selesaikan isu-isu itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 10 2020
Asyraf berkata Pemuda UMNO akan berkempen mendekati pengundi muda yang berumur lingkungan 40 tahun dan ke bawah. Foto: Bernama
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).