awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: RM3.5 juta deposit, logo kunci, pokok jadi pilihan calon Bebas

Bernama
Bernama
12/09/2020
14:32 MYT
PRN Sabah: RM3.5 juta deposit, logo kunci, pokok jadi pilihan calon Bebas
SPR menerima 447 kertas pencalonan untuk bertanding di 73 kerusi DUN selepas tempoh penamaan calon berakhir jam 10 pagi tadi.
Sejumlah RM3.576 juta deposit dibayar oleh 447 calon yang bertanding di 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. 26 Sept ini.
Jumlah deposit itu adalah berdasarkan kepada syarat ditetapkan undang-undang pilihan raya yang bertanding kerusi DUN iaitu RM5,000 sebagai deposit pilihan raya dan RM3,000 lagi untuk deposit bahan kempen.
Deposit pilihan raya boleh dituntut selepas keputusan pilihan raya diisytiharkan oleh Pegawai Pengurus jika calon memperoleh lebih daripada 1/8 daripada jumlah undi diterima oleh calon-calon yang bertanding.
Deposit bahan kempen boleh dituntut selepas semua bahan kempen dibersihkan oleh calon terbabit dan disahkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkenaan.
Selain penyertaan calon mewakili parti politik, PRN Sabah kali ini menyaksikan seramai 56 calon Bebas bertanding dengan 14 calon memilih 'pokok' dan 'kunci' sebagai simbol pilihan mereka.
Antara calon Bebas yang menggunakan logo pokok adalah komposer dan penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Anak Kampung', Jimmy Palikat yang bertanding kerusi Tambunan, Datuk Saddi Abdul Rahman (Sukau) dan Juhuran Kalmin (Sebatik).
Bagi kunci, mereka yang memilih simbol itu adalah Kenny Chua yang bertanding di Inanam; Rasidan Abd Latiff (Bugaya) dan Masiung Banah (Kuamut).
Simbol kerusi, buku, jam, ikan, traktor, gajah, manggis, perahu, rumah, kuda, telefon dan pen juga menjadi pilihan calon Bebas sebagai lambang masing-masing.
Menurut laman sesawang rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), terdapat 30 logo boleh digunakan oleh calon Bebas bagi mewakili diri mereka bertanding dalam mana-mana pilihan raya.
Dari segi jumlah calon Bebas paling ramai bertanding, kerusi Bengkoka menyaksikan empat calon diikuti Inanam, Api-Api dan Matunggong yang masing-masing mempunyai tiga calon Bebas.
SPR menerima 447 kertas pencalonan untuk bertanding di 73 kerusi DUN selepas tempoh penamaan calon berakhir jam 10 pagi tadi.
Topic Berkaitan
#anak
#calon
#pilihan raya
#politik
#Politik Sabah
#PRN Sabah
#rumah
#Sabah Memilih
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan