Barisan Nasional (BN) Sabah tidak akan teragak-agak menghentikan khidmat Yang Berhormat (YB) jika mereka tidak melakukan tugasan dengan baik sebagai wakil rakyat.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, peringatan itu adalah untuk bakal wakil rakyat yang terpilih dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

Menurut beliau, tindakan tegas seperti itu perlu diambil bagi mengelakkan imej parti tercalar ekoran khidmat wakil-wakil rakyat yang tidak mampu berkhidmat dengan baik.

"Saya memberi amaran berkenaan bukan sebagai ugutan tetapi supaya mereka bekerja bersungguh-sungguh demi pembangunan rakyat.

"Ramai wakil rakyat lalai dan leka apabila dipilih menjadi wakil rakyat sehingga menyebabkan rakyat hidup susah akhirnya menjejaskan parti.

"Kita tidak mahu menjadi seperti seekor kerbau membawa lumpur semua akan terpalit. jadi mana tidak menunjukkan prestasi yang baik, lebih baik berhenti kerana parti perlu diteruskan, wakil rakyat boleh datang dan pergi," tegas Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan.

BACA: PRN Sabah: Zizie Ezette turun padang bantu suami berkempen


Bung Moktar berkata, menjadi kelaziman ramai wakil rakyat lalai selepas dipilih sebagai pemimpin, justeru tindakan drastik adalah jalan penyelesaian kepada mereka yang gagal menunaikan mandat.
LAPOR LANGSUNG: Proses penamaan calon PRN Sabah


SABAH MEMIIH: Penamaan calon PRN Sabah (KLIK DI SINI)