KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor didakwa telah melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, apabila dengan sengaja menayang kertas undi beliau kepada petugas media.
Memetik perkongsian seorang pengguna laman X, @La_FarEast, gambar yang dilampirkan jelas menunjukkan Muhammad Sanusi, mempamerkan pilihan beliau di atas kertas undi itu, sebelum memasukkannya ke dalam kotak undi.
Semakan ke atas akta berkaitan mendapati ia merupakan satu kesalahan di bawah Perkara (39), yang menyebut - tiada pemilih yang telah mengundi dalam mana-mana pilihan raya boleh, dalam mana-mana prosiding yang mempersoalkan pilihan raya itu, dikehendaki menyatakan siapa yang telah diundinya.
Akta tersebut selanjutnya menyebut, kesalahan itu boleh dihukum penjara sehingga setahun, denda sehingga RM3,000, atau kedua-duanya sekali.
Portal Malaysiakini melaporkan kejadian serupa pernah berlaku sewaktu Piliahn Raya Kecil (PRK) Besut pada 2013, apabila calon BN ketika itu, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman melakukan perbuatan yang serupa, dan ditegur oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika itu Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Astro AWANI sedang mendapatkan penjelasan lanjut daripada pihak Muhammad Sanusi dan SPR.
IKUTI PERKEMBANGAN PRN 6 NEGERI SECARA LANGSUNG DI SINI
LIHAT KEPUTUSAN PRN RASMI/ TAK RASMI DI SINI
Astro Awani
Sat Aug 12 2023

Gambar yang dilampirkan jelas menunjukkan Muhammad Sanusi, mempamerkan pilihan beliau di atas kertas undi itu, sebelum memasukkannya ke dalam kotak undi.

Jalan Kubu Gajah-Sumpitan ditutup sembilan hari susulan tanah runtuh
Laluan itu perlu ditutup kepada semua lalu lintas bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

Lima 'orang tengah' ditahan minta rasuah selesai kes pemandu mabuk
Semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada jam 8.30 pagi Selasa bagi mendapatkan permohonan reman.

Penasihat utama politik China bertemu Speaker Dewan Rakyat Malaysia
Wang menyifatkan konsensus yang dicapai sebagai gambaran jelas tentang prinsip persahabatan, keikhlasan, manfaat bersama dan keterangkuman.

Kerajaan akan teroka peluang kerjasama LCSF dengan negara nilai dagangan tinggi
Kerajaan dan Bank Negara Malaysia akan terus meneroka peluang untuk memperluaskan kerjasama Rangka Kerja Penyelesaian Mata Wang Tempatan dengan negara lain.

Belanjawan 2024 mampu jadi asas kebangkitan ekonomi negara
Usaha kerajaan ke arah matlamat kebangkitan ekonomi negara boleh dilihat menerusi pelbagai pelan hala tuju seperti NETR dan NIMP 2030.

Pendigitalan perlu jadi asas pembangunan negara - Fahmi Fadzil
Pendigitalan kini perlu menjadi asas pembangunan sesebuah negara ke arah memupuk antaranya aspek pertumbuhan ekonomi, inovasi serta keterangkuman kewangan.

FDI Malaysia dijangka meningkat dengan dasar blok perdagangan, usaha PM tingkatkan profil negara
FDI Malaysia dijangka meningkat lebih kukuh menerusi galakan dasar "blok perdagangan" oleh kerajaan AS dan langkah Anwar untuk menambah baik kemudahan pelaburan di negara ini.

Industri sawit digalak teroka pasaran khusus untuk nilai pasaran lebih tinggi
Syarikat Malaysia digalakkan untuk mengeksport barangan siap berbanding dengan komoditi minyak sawit.

Cadangan kajian kebolehlaksanaan jaringan rel, udara ke Kalimantan dalam pertimbangan
Kementerian Pengangkutan telah mengemukakan permohonan untuk melaksanakan kajian kemungkinan jajaran jaringan logistik melalui rel dan udara dari Sabah dan Sarawak ke Kalimantan, Indonesia.

Malaysia sasar 10 emas di Kejohanan Gusti Lengan Dunia 2023
Seramai 56 peserta termasuk bekas juara 2019, Joffey Jolly, dari Sabah akan menggalas cabaran negara dalam 30 kategori dipertandingkan.

PRK: Pelangai kubu kuat BN - Sanusi
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengakui Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai adalah kubu Barisan Nasional (BN) yang sukar untuk ditembusi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 7 Oktober depan.

'SPRM hanya tanya empat soalan saja, saya bukan orang jahat' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan sudah memberikan keterangan kepada SPRM berkaitan isu kecurian unsur nadir bumi (REE) di Bukit Enggang, Sik di Alor Setar, Kedah.

Yang Dipertua Pas Langkawi dipilih jadi Speaker DUN Kedah
Nama Zubir Ahmad dicadangkan oleh Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi dan disokong oleh ADUN Merbau Pulas, Siti Ashah Ghazali.

'Saya yakin kemenangan akan berpihak kepada PN kali ini' - Sanusi
Sanusi yakin 100 peratus dengan sokongan pengundi untuk memilih PN di kubu tradisi Barisan Nasional tersebut.

Kerajaan tidak tinggalkan agenda reformasi - PM Anwar
Beliau berkata demikian menjawab soalan Christiane Amanpour dari CNN mengenai kritikan oleh ahli partinya sendiri, Hassan Abdul Karim.

Sanusi dakwa empat negeri pembangkang dihalang sertai program kerajaan Persekutuan
Muhammad Sanusi mendakwa Exco dari empat negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN) dihalang untuk sertai program anjuran kerajaan Persekutuan.

Kedah terima pelaburan diluluskan RM14.6 bilion bagi separuh pertama 2023 - Sanusi
Kerajaan negeri Kedah menerima pelaburan diluluskan berjumlah RM14.6 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun 2023.

Tun M turun Kedah beri taklimat pembangunan ekonomi SG4
Bekas PM komited untuk bimbing Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis di bawah gabungan SG4 laksana transformasi kepimpinan.

Kenyataan saya tidak rosakkan reputasi Sanusi - Saifuddin Nasution
Perkara itu menunjukkan Sanusi mungkin dianggap seorang pemimpin yang lemah dan tidak mempunyai kualiti kepimpinan mantap.

Amirudin fail saman fitnah terhadap Sanusi
Saman difail berhubung dakwaan Sanusi bahawa Amirudin terbabit skandal dengan pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan membabitkan projek pembersihan Sungai Klang.