awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Sanusi tidak pasti namanya ada dalam senarai MB Kedah baharu

Hilmi Malik
Hilmi Malik
13/08/2023
00:45 MYT
PRN: Sanusi tidak pasti namanya ada dalam senarai MB Kedah baharu
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (duduk, dua dari kanan) meraikan kemenangan Perikatan Nasional bersama sebahagian daripada wakil rakyat baharu dan pimpinan parti Pas di Alor Setar, malam tadi. - Gambar Astro AWANI
ALOR SETAR: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak pasti sama ada nama beliau akan dikekalkan untuk terus mentadbir negeri Kedah.
Sebaliknya, Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu berkata, beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan.
"PN pusat yang akan putuskan (jawatan MB), saya tak tahu nama saya ada dalam senarai atau tidak. "Saya hanya bercakap dalam kapasiti sebagai Pengarah Pilihan Raya. Setakat ini saya masih lagi Menteri Besar sementara sehinggalah berlaku pelantikan yang baharu," katanya dalam sidang media di Kompleks Pas Kedah, di sini, pada awal pagi Ahad.
Ditanya sama ada beliau mahu mengekalkan jawatannya, Muhammad Sanusi berkata, perkara itu bukan sesuatu yang boleh diminta.
"Tak boleh minta jawatan (Menteri Besar Kedah) kerana ini adalah disiplin Pas," jawabnya ringkas.
Difahamkan, wujud beberapa nama calon Menteri Besar Kedah yang akan dinamakan bagi meneruskan pentadbiran kerajaan negeri berkenaan.
Menurut beliau, nama-nama berkenaan akan dibawa oleh Setiausaha Kerajaan Negeri bagi mendapatkan perkenan Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
PN Kedah yang memenangi 33 kerusi DUN menjadikan parti itu memperoleh majoriti kukuh bagi membentuk kerajaan negeri.
Muhammad Sanusi bagaimanapun kini berdepan beberapa kes mahkamah dan tuntutan sama berikutan terpalit dengan beberapa kontroversi melibatkan isu aktiviti nadir bumi (REE).
Proses angkat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah ke-15 dijadual berlangsung dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
#PRN
#Menteri Besar Kedah
#Muhammad Sanusi Md Nor
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan