awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Calon GPS Krian berterima kasih, harap sokongan Ali Biju

Assim Hassan
Assim Hassan
04/12/2021
04:17 MYT
PRN Sarawak: Calon GPS Krian berterima kasih, harap sokongan Ali Biju
Friday (gambar) optimis boleh menang di kerusi DUN Krian pada PRN12 kali ini.
KUCHING: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian, Friday Belik berharap bekas ADUN Krian Datuk Ali Biju untuk bersama-sama memberi sokongan kepada beliau sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.
Friday yang merupakan bekas penjawat awam berusia 62 tahun itu berkata, setakat ini belum ada perbincangan secara formal diadakan antara beliau dan Ali.
"Sebelum itu terima kasih kepada Datuk Ali Biju kerana tidak bertanding di DUN itu. Belum ada perbincangan secara formal lagi. Mungkin dalam sedikit masa lagi. Kita akan mendapatkan dan berbincang dengan beliau.
"Kita mengharapkan sokongan dan bantuan daripada beliau bersama penyokongnya untuk bekerjasama dengan kita. Kalau itu (boleh dilakukan) ia beri peluang kemenangan yang cerah kepada GPS," katanya.
Ditanya mengenai peluang untuk memenangi kerusi DUN Krian, Friday yang pertama kali bertanding optimis boleh merampas kerusi DUN tersebut sekali gus menggunakan pengalaman sebagai bekas penjawat awam dan Residen Bahagian Betong.
Hal ini katanya disandarkan menerusi kerja keras dan usaha menyantuni rakyat DUN tersebut sejak beberapa tahun lalu.
Sebelum ini, kerusi DUN Krian disandang Ali selama dua penggal atas tiket Parti Keadilan Rakyat pada tahun 2011 dan 2016.
Ali kemudian meninggalkan PKR dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Ogos 2020.
Topic Berkaitan
#Calon baharu GPS
#DUN Krian
#PRN Sarawak
#Friday Belik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan