awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Calon ketua menteri PKR bertanding di DUN Asajaya? - Abdul Karim

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
15/11/2021
06:04 MYT
PRN Sarawak: Calon ketua menteri PKR bertanding di DUN Asajaya? - Abdul Karim
Beliau yang juga penyandang kerusi DUN Asajaya berkata semakin banyak penjuru pertandingan akan memberi kelebihan kepada parti kerajaan. - Astro AWANI
KUCHING: "Saya pun tidak tahu kenapa Asajaya begitu penting bagi mereka (PKR) kerana ramai yang melobi dan sedang berjalan di kawasan itu sekarang untuk bertanding kelak,".
Demikian maklum balas Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika diminta mengulas mengenai jangkaan calon pembangkang yang akan bertanding di kawasan tersebut.
Kata Abdul Karim ia termasuk seorang yang turut dinamakan sebagai calon ketua menteri daripada PKR akan bertanding di DUN berkenaan.
“Saya pun dapat makluman bahawa ada calon ketua menteri daripada PKR akan bertanding di Asajaya malah daripada maklumat yang saya terima bukannya seorang calon daripada PKR tetapi ada tiga orang pada masa ini.
“Dari mula lagi sudah ada kelam kabut sedikit... tiga orang dari parti yang sama melobi untuk bertanding di Asajaya, tetapi apa-apa pun saya mengalu-alukan seramai mungkin bertanding di sana biar jadi seperti festival,” katanya.
Beliau yang juga penyandang kerusi DUN Asajaya berkata semakin banyak penjuru pertandingan akan memberi kelebihan kepada parti kerajaan.
Ditanya sama ada beliau akan mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak tahun 2001 itu, katanya ia terpulang kepada keputusan Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk menentukan.
“Ia terpulang kepada Ketua Menteri dan parti (PBB), jika saya diberi peluang saya akan bertanding, tetapi jika tidak, saya akan akur dan sokong siapa sahaja yang dinamakan sebagai calon,” katanya.
Untuk rekod Abdul Karim telah memenangi kerusi DUN Asajaya selama empat penggal berturut-turut dalam pilihan raya negeri pada 2001, 2006, 2011 dan 2016.
Topic Berkaitan
#calon PKR
#Calon pembangkang Asajaya
#PRN Sarawak
#calon parti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan