SIBU: Calon Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Bawang Assan, Robert Lau Hui Yew tiba di Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Suarah Sibu untuk kawasan DUN N.53 Bawang Assan seawal jam 7.45 pagi tadi.

Dijangka empat lagi calon parti akan tampil hari ini untuk mendaftarkan pencalonan mereka bagi DUN Bawang Assan yang akan bermula pada jam 9 pagi seperti yang tekah ditetapkan oleh Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Antara yang akan datang Penyandang Bawang Assan merangkap Pengerusi Parti Sarawak Bersatu (PSB) Datuk Seri Wong Soon Koh.

Calon yang lain iaitu daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) Amy Lau Bik Yeing, Parti Bumi Kenyalang (PBK) Michelle Ling Shyan Mih dan seorang calon BEBAS.

SPR menentapkan beberapa garis panduan (SOP) untuk proses penamaan calon di PPC Dewan Suarah ini iaitu dengan menetapkan had dua orang sahaja untuk penyokong dan pencadang calon.

SPR kemudian akan membuat penelitian dan semakan terhadap dokumen dikemukakan semua calon, pencadang dan penyokong sebelum menentukan pengesahan bagi pencalonan mereka.

Sebaik selesai proses semakan dan tempoh mengemukakan borang pencalonan yang ditutup secara rasmi jam 10 pagi, Pegawai Pengurus Pilihan Raya di setiap pusat pencalonan, kemudian akan mengumumkan senarai calon-calon yang akan bertanding, dijangka seawal jam 10.15 pagi.

Selesai itu, maka bermulalah secara rasmi tempoh berkempen bagi semua calon yang disahkan bertanding pada PRN Melaka, akan berlangsung sehingga jam 11.59 malam pada 19 November ini.