awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Calon Tasik Biru belum dimuktamadkan - Adenan Satem

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
30/03/2016
05:28 MYT
PRN Sarawak: Calon Tasik Biru belum dimuktamadkan - Adenan Satem
Adenan (gambar) juga menafikan laporan serta spekulasi yang mengatakan seorang calon sudah pun dipilih untuk mempertahankan kerusi tersebut.
Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tasik Biru masih belum ditentukan lagi buat masa ini, Ketua BN Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.
Beliau juga menafikan laporan serta spekulasi yang mengatakan penyandang DUN berkenaan, Datuk Peter Nansian sudah pun dipilih untuk mempertahankan kerusi tersebut.
Peter telah berpindah parti, iaitu dari Parti Demokratik Rakyat Sarawak (SPDP) ke Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).
DUN N02 Tasik Biru sebelum ini ditandingi parti SPDP.
Parti itu telah menamakan Datuk Henry Harry Jinep, sebagai pilihan mereka untuk DUN tersebut.
"Mana ada keputusan lagi? Saya masih belum memutuskan siapa calonnya di Tasik Biru," kata Adenan yang juga Ketua Menteri Sarawak kepada pemberita.
Tambah beliau, tahap sokongan terhadap kedua-dua calon ingin dilihat terlebih dahulu sebelum keputusan dibuat.
"Walau apa-apa pun, saya berharap, sesiapa yang dipilih BN akan meraih undi daripada rakyat.
"Jadi jika Henry dipilih, saya harap Peter dapat menyokongnya. Sebaliknya jika Peter dipilih, saya berharap beliau mendapat sokongan Henry," kata Adenan pada majlis perjumpaan bersama rakyat di Dewan Suarah Bau di sini, hari ini.
Majlis tersebut dihadiri oleh pemimpin parti-parti komponen BN seperti SPDP, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).
Menurut Adenan, sokongan padu terhadap calon BN yang dipilih adalah penting bagi memastikan Tasik Biru tidak jatuh kepada pihak pembangkang.
"Saya perlukan mandat yang besar, barulah saya bersama pasukan saya dapat menabur lebih khidmat kepada Sarawak," tambah Adenan.
Topic Berkaitan
#Adenan Satem
#Barisan Nasional
#DUN
#Sarawak
#SPDP
#Tasik Biru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan