awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Dr Hardy berdebar urus proses pengundian Tun Taib, Abang Jo

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
18/12/2021
07:43 MYT
PRN Sarawak: Dr Hardy berdebar urus proses pengundian Tun Taib, Abang Jo
Dr Hadisyam sedang menyorong kerusi roda salah seorang pemilih N8 Satok, yang juga mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Tan Sri Bujang Noor. - Astro AWANI
KUCHING: Bangun seawal jam empat pagi untuk memastikan semua peti undi dibawa ke saluran yang ditetapkan.
Itu peranan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN N8 Satok, Dr Hadysham Junaidi. Dr Hadysham, 45, yang turut dikenali sebagai Dr Hardy sudah 20 tahun berpengalaman membantu proses pilihan raya, dengan peranan sebagai Penolong Pengurus Pilihan Raya sebelum ini.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Recoda itu memberitahu, ada beberapa masalah yang perlu ditangani sejak awal pagi bagi memastikan kelancaran proses demokrasi tersebut.
DUN N8 Satok yang menyaksikan saingan empat penjuru merupakan lokasi pengundian paling popular setiap kali pilihan raya berlangsung di negeri ini.
Ini kerana di sinilah Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menunaikan kewajipan mereka.
Turut melaksanakan pengundian di sini ialah Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ahli Parlimen Mukah, Datuk Hanifah Hajar Taib Alsree.
" Memang sedikit berdebar dan gelisah kerana di sini banyak orang kenamaan. Kita cuba buat buat yang terbaik," katanya ketika ditemui di Kompleks Sukan Satok.
Sebelum ini, proses pengundian terbesar di sini dilangsungkan di SK Merpati Jepang, namun berpindah ke kompleks sukan yang terletak bersebelahan, kerana sekolah tersebut dalam proses naik taraf.
DUN Satok mempunyai 14,393 pemilih berdaftar.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#Dr Hadysham Junaidi
#Tun Abdul Taib Mahmud
#Tan Sri Abang Johari Tun Openg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan