awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Dr Sim tidak akan 'tengok saja' Batu Kawah

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
18/12/2021
13:36 MYT
PRN Sarawak: Dr Sim tidak akan 'tengok saja' Batu Kawah
Dr Sim Kui Hian berkata, dengan mandat tersebut sebarang rancangan pembangunan di Batu Kawah akan diteruskan dan dilaksanakan. - Astro AWANI
KUCHING: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menepati ramalan berjaya mempertahankan kerusi Batu Kawah pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12) hari ini.
Kui Hian menang dengan majoriti 5,393 undi selepas memperolehi 7,827 undi menewaskan tiga pencabarnya.
Dalam pertandingan empat penjuru itu, calon DAP, Dr Kelvin Yii Lee Wuen memperoleh 2,434 undian manakala Chai Kueh Khun (PBK) dan Fong Pauk Teck (ASPIRASI) masing - masing memperoleh 756 undi dan 133 undi.
DUN Batu Kawah mempunyai 19,465 pengundi berdaftar bagaimanapun hanya 57.28 peratus atau 11,150 pemilih yang keluar mengundi.
Beliau ketika ditemui berkata dengan mandat tersebut sebarang rancangan pembangunan di Batu Kawah akan diteruskan dan dilaksanakan.
Katanya, ia merupakan harapan dan aspirasi rakyat di kawasan Batu Kawah.
“Terima kepada pengundi kerana memberi kepercayaan kepada saya.
“Kita terus majukan Batu Kawah,” katanya ringkas semasa menghadiri Majlis Pendengaran Keputusan PRN12 Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Sabtu.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#SUPP
#sim kui hian
#Batu Kawah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan