awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Harap tidak lupa pengorbanan saya, beri laluan Bersatu pada PRU15 - Ali Biju

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
10/12/2021
12:23 MYT
PRN Sarawak: Harap tidak lupa pengorbanan saya, beri laluan Bersatu pada PRU15 - Ali Biju
Ali (tengah) berharap agar Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan memberi laluan buatnya bagi mempertahankan kerusi parlimen Saratok pada Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang - Gambar Astro AWANI
SARATOK: Ahli Parlimen Saratok, Datuk Ali Biju berharap Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberi laluan buatnya bagi mempertahankan kerusi Parlimen Saratok pada Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang.
Ini kerana pihaknya telah membuat keputusan sukar untuk tidak bertanding di DUN Krian bagi memberi laluan dan sokongan kepada GPS.
"Inilah yang kita harapkan supaya pengorbanan kita kali ini dengan memberi laluan kepada GPS di Krian maka PRU ke 15 nanti kita minta jugalah supaya GPS memberi laluan kepada Bersatu di P205 Saratok.
“Ini yang kita mintaklah sebab pengorbanan ini adalah satu pengorbanan daripada kedua-dua pihak saya memang penyandang di P205 Saratok dan juga di Krian.
“Maka kita korbankan Krian dan kita telah berbincang dan kita akan bertanding di parlimen Saratok dan ini yang kita harapkan,” katanya ketika sidang media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Saratok pada Jumaat.
Selain itu tambahnya, dia optimis calon GPS, Friday Belik, akan mampu beroleh kemenangan untuk kerusi DUN itu.
“Saya yakin bahawa dengan sokongan yang saya berikan kepada calon GPS.. GPS akan menang di kawasan Dun Krian.
“Ini sebab kemenangan GPS juga adalah kemenangan saya, kalau GPS menang saya juga menang dan ini adalah strategic alliance yang kita kena perkukuhkan demi untuk parlimen P205 Saratok ini,” tambahnya lagi.
Pada 6 Disember lalu, Ali mendaftar sebagai calon Bebas untuk bertanding dan mempertahankan kerusi Dun Krian yang dimenanginya sejak 2011 yang lalu.
Bagaimanapun selepas empat hari, Ahli Parlimen Saratok itu membuat keputusan untuk tidak mempertahankan kerusi itu bagi memberi laluan kepada calon GPS.
Ali merupakan bekas penyandang kerusi Dun itu sejak 2011.
Pada PRN11, beliau yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya mempertahankan kerusi Dun tersebut untuk penggal kedua.
Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Kilat Beriak apabila memperoleh 5,388 undi sekali gus memperoleh majoriti selesa dengan 1,640.
Topic Berkaitan
#PRU
#ali biju
#PRN Sarawak
#DUN Krian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan