awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak mungkin diadakan pertengahan Disember atau lebih awal - Dr Annuar

Bernama
Bernama
03/11/2021
15:54 MYT
PRN Sarawak mungkin diadakan pertengahan Disember atau lebih awal - Dr Annuar
Dr Annuar berkata, proses mengundi boleh dilakukan dalam keadaan yang teratur bagi mengelak penularan COVID-19. - Gambar fail
SIBU: Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dr Annuar Rapaee berkata beliau menjangkakan Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak akan diadakan selewat-lewatnya pada pertengahan bulan Disember ini.
Beliau berkata perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya Proklamasi Darurat di Sarawak ditamatkan memberi laluan kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sekali gus menamatkan penantian untuk PRN12 yang akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran DUN.
"Paling lambat saya rasa hari mengundi akan diadakan pada pertengahan bulan Disember. Tapi ianya boleh diadakan lebih awal daripada itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Mengulas kebimbangan berlaku peningkatan kes COVID-19 semasa pilihan raya itu kelak, Dr Annuar yang juga Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam merangkap Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu berkata aktiviti kempen harus diberikan tumpuan yang kritikal kerana penularan boleh berlaku.
"Penularan akan dapat dielakkan sekiranya tiada rapat umum. Buat masa ini, hanya 100 orang sahaja yang dibenarkan untuk menghadiri mana-mana perhimpunan dan bagi pilihan raya itu sendiri, ia tiada isu," katanya.
Beliau berkata proses mengundi dilakukan dalam keadaan yang amat teratur walaupun bukan pada masa penularan COVID-19.
Katanya ketika masih dalam pandemik ini, dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan proses mengundi teratur tiada sebab penularan COVID-19 tidak dapat dikawal.
"Mengundi ini bukan macam orang pergi ke pasar. Semuanya dalam keadaan teratur. Yang menjadi kerisauan ialah aktiviti berkempen melibatkan jumlah hadirin yang besar dan boleh menjadi tidak terkawal dalam soal pematuhan SOP," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Nangka itu.
Dr Annuar juga berkata sama ada mengundi atau tidak, SOP mencegah penularan COVID-19 harus diteruskan dan melalui pengamatannya, orang ramai sudah selesa bergerak ke mana sahaja yang menandakan bahawa mereka sudah membiasakan diri dengan pematuhan itu.
Menyentuh persiapan kempen jentera pilihan raya PBB DUN Nangka, beliau berkata pihaknya sudah mengadakan persiapan sejak tiga tahun lepas.
"Saya akan menggunakan pendekatan kempen secara digital dan multimedia. Kempen secara bersemuka bagi hadirin kurang 100 akan dijalankan secara minimum," katanya yang turut melibatkan golongan muda dalam penyaluran bahan kempen melalui media sosial.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#PBB
#Dr Annuar Rapaee
#Disember
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan