SEREMBAN: Keputusan Pakatan Harapan (PH) menggunakan logo parti masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 tiada kaitan dengan kekalahan di PRN Melaka baru-baru ini, kata Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook.
Beliau berkata ia adalah berdasarkan keputusan dibuat oleh kepimpinan negeri itu dalam menentukan penggunaan logo berkenaan di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi nanti.
"Kami berikan kuasa autonomi kepada kepemimpinan parti di Sarawak untuk membuat keputusan, umum mengetahui mereka ada autonomi dari segi dasar dan keputusan politik.
"Kalau lihat sejarah, dalam pilihan raya yang lalu juga mereka gunakan logo masing-masing walaupun di Semenanjung kita buat logo bersama," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan banjir kepada penduduk Kampung Sungai Jai di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan setiap parti komponen PH Sarawak akan menggunakan logo masing-masing di setiap DUN yang ditandingi pada PRN Sarawak kali ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 18 Dis ini sebagai hari pengundian PRN Sarawak, hari penamaan calon pada 6 Dis manakala pengundian awal pada 14 Dis.
Sementara itu, mengenai peruntukan sama rata oleh kerajaan kepada semua Ahli Parlimen, Loke berkata ia merupakan satu usaha yang sangat baik dilakukan oleh kerajaan ketika ini bagi mengelakkan wakil rakyat melompat parti pada masa akan datang.
Ahli Parlimen Seremban itu berkata usaha dilakukan kerajaan ketika ini dilihat mampu memberi impak positif supaya semua wakil rakyat dapat memberi komitmen penuh dalam menyelesaikan masalah dihadapi oleh rakyat selain mampu menstabilkan politik di negara ini.
"Saya juga bercadang membangkitkan isu ini dalam perbahasan pada Persidangan Kedua (Belanjawan) Penggal Keempat DUN Negeri Sembilan minggu depan bahawa saya menyokong usaha membawa perubahan dan juga reformasi dalam cara kita berpolitik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 26 2021
Loke berkata ia adalah berdasarkan keputusan dibuat oleh kepimpinan negeri itu dalam menentukan penggunaan logo berkenaan di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi nanti. - Gambar fail
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
Saya tidak akan lupakan Satok - Abang Jo
Beliau berkata, di bawah kerajaan negeri, pelan pembangunan di semua kawasan akan dilaksanakan secara konsisten khasnya di kawasan luar bandar.
Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar
Rakyat Sarawak membuat pilihan bijak kerana GPS membela nasib serta masa depan rakyat Sarawak.
Dr Sim tamatkan spekulasi, dilantik timbalan ketua menteri
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menamatkan spekulasi apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri Sarawak dalam barisan kabinet negeri
Penurunan kes harian COVID-19 bolehkan Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN
Kes harian COVID-19 di Sarawak yang kini mencatatkan dua angka membolehkan negeri itu memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
GPS kuasai undi penjawat awam khususnya warga tentera, petanda baik BN - Penganalisis
Keputusan PRN Sarawak ke-12 membuktikan kecenderungan parti berkepentingan kerajaan terus diperakui oleh masyarakat pengundi.
Pilihan senyap rakyat Sarawak kukuhkan GPS
Sarawak memilih dengan senyap bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS); di sebalik harum segarnya, telah terbenam ke dalam sanubari setiap warganya.
'Tidak perlu terburu-buru bentuk kabinet negeri' - Abang Johari
Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan pihaknya tidak terburu-buru dalam membentuk barisan kabinet negeri.
PRN Sarawak: DUN Mulu dimenangi Gerawat, GPS kuasai 76 kerusi
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Gerawat Gala menang di kerusi DUN Mulu selepas meraih 3,731 undi
PRN Sarawak: Kemenangan GPS, petanda rakyat mahu kerajaan yang kukuh - Penganalisis
Kelebihan dari segi manifesto memberi keyakinan kepada rakyat tentang kemampuan GPS membina sebuah kerajaan negeri yang kukuh.
PRN Sarawak: DAP akan nilai, buat 'post-mortem' kekalahan
Chong berkata, DAP akan teruskan perjuangan politiknya ke arah menjadikan Sarawak dan rakyatnya lebih baik secara keseluruhan.