KUCHING: Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing menafikan isu beli undi yang melibatkan dirinya seperti yang tersebar di laman media sosial baru-baru ini.
Beliau yang bertanding atas tiket Gabungan Parti Sarawak (GPS) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong itu menegaskan bahawa pihaknya tidak menggunakan taktik kotor seperti itu demi memenangi kerusi tersebut.
“Apabila saya melawat Dudong, saya terkejut apabila ditanya mengenai pemberian mesin rumput dan peralatan lain kepada penduduk di sana. Cerita ini sudah mula tersebar.
“Ada daripada penduduk menunjukkan mesej mengenai setiap pintu di rumah panjang tersebut akan mendapat RM1,000 sekiranya meletakkan nama untuk menyokong saya.
“Saya tegaskan di sini, untuk kaum Melayu, Iban, Cina yang berada di Dudong, mesej tersebut bukan daripada saya ataupun daripada parti GPS,” katanya menerusi laman media sosial beliau.
Jelas King Sing, sokongan yang diperolehnya selama lima penggal menjadi Ahli Parlimen Bintulu adalah hasil daripada penilaian rekod prestasi beliau terhadap masyarakat di kawasan tersebut.
“Saya sudah lama bertanding di Parlimen Bintulu sebelum ini dan saya tidak pernah beli undi daripada rakyat.
"Saya mahu rakyat menyokong saya atas khidmat bakti yang telah saya berikan, bukan melalui beli undi.
“Kegiatan beli undi ini sama seperti rasuah, kita di GPS tidak mengamalkan perkara seperti ini kerana ia sesuatu yang salah dan tidak beretika,” tegasnya lagi.
Sehubungan itu, beliau menyeru agar penduduk di DUN Dudong tidak terperdaya dengan tipu helah yang cuba untuk menjatuhkan nama baiknya itu dan berharap agar tindakan keras akan dikenakan terhadap si pelaku.
DUN Dudong menjadi kerusi paling panas bagi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak kali ini apabila menyaksikan pertembungan lapan penjuru.
King Sing yang mewakili GPS akan ditentang oleh Paul Ling Fung daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP), Wong Hie Ping daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB), Josephine Lau Kiw Peng daripada Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI), Julius Enchana daripada Parti Bansa Dayak Sarawak Bersatu (PBDSB), Jane Lau Sung Yee daripada Parti Bumi Kenyalang (PBK) serta dua calon Bebas iaitu Engga Uncat dan Fadhil Mohd Isa.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Dec 11 2021
Tiong berkata, sokongan yang diperolehnya selama lima penggal menjadi Ahli Parlimen Bintulu adalah hasil daripada penilaian rekod prestasi beliau terhadap masyarakat di kawasan tersebut. - Gambar fail Astro AWANI
Indonesia alih tumpuan aksi playoff berdepan Guinea
Ketua jurulatih Indonesia kini berperang dengan masa untuk menyediakan pemainnya yang keletihan menghadapi perlawanan playoff Sukan Olimpik.
Boustead Heavy Industries terima kontrak sokongan kapal selam TLDM bernilai RM43.6 juta
Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) menerima kontrak sokongan kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) daripada Kementerian Pertahanan bernilai RM43.6 juta.
Tesla lancarkan stesen 'supercharging' V4 pertama rantau Asia Tenggara di Malaysia
TESLA hari ini mengumumkan pelancaran stesen pengecasan kereta Tesla Supercharging V4 secara rasminya di Malaysia.
Orang utan rawat luka sendiri guna tumbuhan
Orang utan bernama Rakus merawat luka di mukanya dengan mengunyah daun Akar Kuning dan berulang kali menyapu ke atas luka itu.
X ubah ciri 'block', komen masih boleh dibaca
CIRI block di X (Twitter) ialah cara paling mudah untuk menghalang akaun tertentu daripada muncul di susur masa atau pemegang akaun membaca ciapan anda.
Sambungan bluetooth dari bumi ke satelit berjaya dilakukan
Hubble Network, sebuah syarikat pemula dari Amerika Syarikat berjaya melakukan sambungan bluetooth dari bumi ke satelit di angkasa lepas.
UNESCO hadiahkan semua wartawan di Gaza anugerah PBB
Sebagai sebuah badan PBB yang menggalakkan keamanan dan keselamatan dunia, bumi gaza telah menjadi enjadi tempat paling maut bagi wartawan dalam sejarah susulan serangan kejam israel membunuh puluhan ribu manusia.
Piala Thomas 2024: 15 skrin besar tayang aksi separuh akhir Malaysia-China esok
Peminat sukan badminton tanah air berpeluang menyaksikan aksi separuh akhir Piala Thomas 2024 antara Malaysia dan China yang akan ditayangkan di 15 lokasi skrin besar di seluruh negara, pada Sabtu ini
Kes demam denggi berkurangan pada ME17, tiada kematian - KP Kesihatan
Jumlah kes demam denggi dilaporkan berkurangan kepada 2,237 kes pada Minggu Epidemiologi ke-17 (ME17) iaitu dari 21 April hingga 27 April lalu berbanding 2,321 kes pada minggu sebelumnya.
Polis giat buru suspek samun pemain TFC
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa yang juga pemain bola sepak kebangsaan berusia 25 tahun cedera di kepala, kaki kiri dan lengan kiri.
Dakwaan beli undi: Pas serah kepada siasatan SPRM - Mohd Amar
Pas menyerahkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM untuk menjalankan siasatan isu tular video pemberian wang kepada pengundi.
Pemilihan PKR 2022: Hans Isaac nafi terlibat dengan politik wang raih undi
Pelakon dan pengarah, Datuk Hans Isaac menafikan dakwaan mengamalkan politik wang bagi meraih undi dalam Pemilihan PKR 2022 yang berlangsung baru-baru ini.
PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.
PRN Sarawak: Tiong King Sing nafi isu beli undi libatkan dirinya
Tegasnya, pihaknya tidak menggunakan taktik kotor seperti itu demi memenangi kerusi tersebut.
PRN Sabah: SPRM tahan dua anggota pasukan keselamatan bawa wang parti politik
Kedua-dua anggota itu ditahan di sekitar Lahad Datu, semalam.