awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Tuduh GPS elak Undi18 bukti pembangkang tandus modal - Abdul Karim

Munirah Mudzamli
Munirah Mudzamli
11/11/2021
06:40 MYT
PRN Sarawak: Tuduh GPS elak Undi18 bukti pembangkang tandus modal - Abdul Karim
Ujar Abdul Karim, pihaknya yakin sekiranya Undi18 sempat dilaksanakan dalam PRN12, golongan ini akan membuat keputusan yang bijak dalam memilih kerajaan baharu. - Foto Astro AWANI
KUCHING: Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menyelar tindakan pembangkang yang dilihat seperti ketandusan modal politik sehingga mengaitkan PRN Sarawak yang akan diadakan sebagai mengelak pelaksanaan Undi18.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, kata Abdul Karim berkata pembangkang hanya tahu mencipta isu dan disensasikan dalam usaha meraih perhatian.
Beliau pada masa sama mempersoalkan adakah pembangkang tahu atau mengkaji dengan teliti mengenai pelaksanaan Undi 18.
“Yang 18 tahun mungkin tidak dapat mengundi dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) pun mereka mahu jadikan isu.
“Mereka tidak melihat perkara ini dengan lebih mendalam, dan ini bukan bermakna semua anak muda itu anti kerajaan, dan anti penubuhan, malah kita ada juga ada melibatkan mereka ini (belia),” katanya dalam sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Jabatan Muzium Sarawak bersama Heritage Conservation Centre Singapore (HCC), UNIMAS dan UiTM Sarawak pada Khamis.
Ujar Abdul Karim, pihaknya yakin sekiranya Undi18 sempat dilaksanakan dalam PRN12, golongan ini akan membuat keputusan yang bijak dalam memilih kerajaan baharu.
“Kami ada membuat indeks tinjauan belia kami sendiri, yang mana kami pergi ke setiap daerah di Sarawak untuk dapatkan maklum balas berkenaan dengan aspirasi, pandangan serta kemahuan mereka.
“Dan kita dapat melihat bahawa mereka ini sangat praktikal, mereka dapat berfikir secara meluas, ramai anak-anak muda kita berpendidikan tinggi, jadi kita sangat mengalu-alukan Undi18,” katanya.
Namun tambah Abdul Karim, sekiranya Undi18 tidak sempat dilaksanakan dalam PRN12, beliau menggesa golongan ini untuk bersabar dan peluang untuk mengundi akan diberikan kepada mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 yang mungkin akan diadakan dalam beberapa tahun lagi.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#Abdul Karim Rahman Hamzah
#Undi18
#pilihan raya umum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan