awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Tindakan Dr Faiz Na'aman keluar parti tak beri kesan kepada Bersatu

Sinar Harian
Sinar Harian
11/08/2023
07:00 MYT
PRN: Tindakan Dr Faiz Na'aman keluar parti tak beri kesan kepada Bersatu
Saifuddin berkata, persediaan parti dan Perikatan Nasional (PN) untuk menghadapi pilihan raya negeri (PRN) juga tidak terjejas. - Gambar fail
KUALA NERUS: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak terkesan dengan keputusan Dr Muhammad Faiz Na'aman meninggalkan parti itu.
Malah, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, persediaan parti dan Perikatan Nasional (PN) untuk menghadapi pilihan raya negeri (PRN) juga tidak terjejas.
"Bagi saya peletakan beliau tidak memberi kesan langsung kepada Bersatu terutama calon-calon yang bertanding PRN.
"Malah, jentera parti kita tetap berjalan seperti biasa," katanya ketika ditemui pada Ceramah Mega Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Seberang Takir pada malam Khamis.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Muhammad Faiz yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu meninggalkan parti tersebut.
Turut hadir, calon Pas DUN Seberang Takir, Khazan Che Mat.
Muhammad Faiz pada Sabtu mengumumkan meletak jawatan termasuk berhenti sebagai ahli parti itu berkuat kuasa serta-merta.
Dakwa Muhammad Faiz, objektif awal penubuhan parti berkenaan kian terpesong yang mana ia mahu menggantikan UMNO dengan memberi lebih ruang kepada orang muda dan muka baharu terutama mempunyai latar belakang bersih. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRN
#Bersatu
#Dr Faiz Na'aman
#Saifuddin Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan