KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook antara nama besar yang berdepan pertandingan satu lawan satu di kawasan ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.
Mohamad, yang juga Menteri Pertahanan, akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau atas tiket Barisan Nasional (BN) bagi penggal kelima sejak 2004 berhadapan calon Perikatan Nasional (PN) dari PAS, Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau Rozmal Malakan.
Loke (PH-DAP), yang juga Menteri Pengangkutan, berdepan Rosmadi Arif (PN-Bersatu) bagi mempertahankan kerusi Chennah, yang dipegangnya sejak pilihan raya umum 2013.
Sementara itu, tiga Menteri Besar berdepan saingan satu lawan satu iaitu Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob (PN-PAS) yang dicabar Zamakh Sari Ibrahim (PH-PKR) di Pasir Pekan, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor (PN-PAS) bertembung Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim (PH-BN) di Jeneri manakala Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ditentang Suhaimi Sulaiman (PH-Amanah) di Ru Rendang.
Turut berdepan saingan satu lawan satu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow (PH-DAP) yang dicabar H'ng Khoon Leng (PN-Gerakan), bagi mempertahankan kerusi Padang Kota yang dipegangnya selama tiga penggal sejak 2008.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari (PH-PKR) menghadapi pertandingan tiga penjuru bagi mempertahankan kerusi Sungai Tua setelah dicabar Muhammad Hanif Jamaluddin (PN-PAS) dan Suman Gopal, calon Bebas.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun (PH-PKR) berdepan saingan empat penjuru untuk mempertahankan kerusi Sikamat yang diwakilinya sejak 2008. Beliau dicabar Ahmad Raihan Muhamad Hilal (PN-Bersatu) dan calon Bebas iaitu Bujang Abu dan Mohammed Hafiz Baharudin.
Sementara itu, Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (PN-PAS) yang memenangi kerusi itu pada pilihan raya lepas sebelum Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan itu, berhadapan Ketua Cabang PKR Kuala Terengganu Azan Ismail atas tiket PH.
Bagi PRN dan PRK berkenaan, tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula hari ini selepas pengisytiharan calon-calon yang layak bertanding dan akan berakhir pada 11.59 malam, 11 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 29 2023
Mohamad, yang juga Menteri Pertahanan, akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau atas tiket Barisan Nasional (BN) bagi penggal kelima sejak 2004.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 30 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Piala Thomas: Malaysia muncul naib juara Kumpulan D
Malaysia melolosi Kumpulan D Piala Thomas selaku naib juara apabila tunduk 2-3 kepada Denmark, sebentar tadi.
10 Berita Pilihan - (30 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pelaksanaan hukuman sebat di khalayak di bawah bidang kuasa negeri - Mohd Na'im
Hukuman sebat bagi pesalah syariah di khalayak ramai adalah di bawah bidang kuasa negeri.
Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA
Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
FAM buat persiapan awal aksi menentang Krygystan, Taiwan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah membuat perancangan awal dalam usaha membantu skuad Harimau Malaya mencipta sejarah mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia buat kali pertama.
Tumpuan Rabu - 01 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Matrade sasar ketengahkan 150 syarikat Malaysiaa di CAEXPO 2024
Matrade menyasar untuk menampilkan 150 syarikat Malaysia di CAEXPO 2024 yang akan berlangsung di Nanning, China dari 24 hingga 28 Sept, 2024.
Malaysia perlu guna kepakaran, sumber secara kolektif bagi memacu industri halal - Tengku Zafrul
Malaysia perlu memanfaatkan kepakaran dan sumber secara kolektif bagi memacu pertumbuhan dan pembangunan mampan dalam industri halal.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.
Keputusan, penyata pengundian PRN dan PRK Kuala Terengganu diwartakan
Pewartaan itu adalah selaras dengan kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.
Isu Fahmi didakwa berkempen di masjid dianggap selesai - MAIS
Isu Fahmi Fadzil yang didakwa berkempen di dalam sebuah masjid di Kundang, Rawang pada Julai lepas dianggap selesai, kata MAIS.
GRS terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti demi kebaikan rakyat Sabah - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil sikap terbuka terhadap mana-mana parti politik yang ingin membentuk kerjasama dengannya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Penjawat awam sokong PN dalam PRN - Ilham Centre
Kajian badan penyelidikan, Ilham Centre mendapati pola pengundian pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri baru-baru ini menunjukkan penjawat awam lebih menyokong Perikatan Nasional (PN).