awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kartel penetapan harga: 31 perusahaan penjagaan kanak-kanak di Kelantan berdepan penalti - MyCC
Yaman ancam serang keberadaan Israel di Somaliland, dakwa langgar kedaulatan serantau
Putin larang keputusan mahkamah asing, luaskan bidang kuasa mahkamah tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proklamasi Darurat: Kerajaan digesa batal gantung Parlimen, DUN - Guan Eng

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
13/01/2021
09:54 MYT
Proklamasi Darurat: Kerajaan digesa batal gantung Parlimen, DUN - Guan Eng
Guan Eng berkata, cabang legislatif diperlukan agar wakil rakyat dapat membawa isu berkaitan salah pengurusan, salah guna kuasa dan kesukaran rakyat dalam sidang Parlimen. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR:Kerajaan digesa untuk membatalkan tindakan menggantung Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan Ahli Parlimen membangkitkan kelemahan pentadbiran Perikatan Nasional (PN).
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, cabang legislatif diperlukan agar wakil rakyat dapat membawa isu berkaitan salah pengurusan, salah guna kuasa dan kesukaran rakyat dalam sidang Parlimen.
"Atas sebab ini, penggantungan Parlimen dan DUN harus dibatalkan bagi membenarkan para Ahli Parlimen membangkitkan dan mendesak kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk menawarkan langkah-langkah kewangan segera yang disertakan bersama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi menyelamatkan pekerjaan, perniagaan dan mata pencarian.
"Sekiranya cabang eksekutif dan kehakiman dalam kerajaan dapat berfungsi dengan normal, mengapa tidak cabang perundangan (legislatif) yang merupakan peringkat tertinggi dalam Perlembagaan Persekutuan?" soalnya menerusi ciapan di akaun Twitternya pada Rabu.
Bagaimana masalah dalam salah urus, penyalahgunaan kuasa dan penderitaan rakyat dapat dibangkitkan oleh Ahli Parlimen tanpa mesyuarat parlimen? Bagaimana kegagalan Menteri dalam menjalankan tugas mereka dengan baik dapat diserlahkan? (1/3) pic.twitter.com/Tc4DTTwNOG
— Lim Guan Eng (@guanenglim) January 13, 2021
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Pengumuman Khas Darurat pada Selasa berkata, sepanjang tempoh pelaksanaan darurat, Parlimen dan DUN tidak akan bersidang sehingga suatu masa yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Setakat ini, belum ada Ordinan Darurat yang dikeluarkan untuk menggantung Parlimen meskipun Istana Negara tidak menjelaskan secara terperinci mengenai penggantungan berkenaan.
PRU, PRN dan PRK tidak akan diadakan dalam tempoh darurat
Atas sebab ini, penggantungan Parlimen & DUN harus dibatalkan bagi membenarkan para ahli parlimen utk membangkitkan & mendesak kerajaan PN utk menawarkan langkah2 kewangan segera yg disertakan bersama PKP demi menyelamatkan pekerjaan, perniagaan dan mata pencarian. (2/3)
— Lim Guan Eng (@guanenglim) January 13, 2021
Sekiranya cabang Eksekutif dan kehakiman dalam kerajaan dapat berfungsi dengan normal, mengapa tidak cabang Perundangan yang merupakan peringkat tertinggi dalam Perlembagaan Persekutuan negara. (3/3)
— Lim Guan Eng (@guanenglim) January 13, 2021
Dewan Rakyat sepatutnya bersidang tiga kali tahun ini iaitu pada 8 Mac hingga 8 April, 14 Jun hingga 1 Julai, dan 4 Oktober hingga 8 Disember.
[ INFOGRAFIK] Pengumuman Khas Darurat
Dalam pada itu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan mempersoalkan bagaimana masalah dalam salah urus, penyalahgunaan kuasa dan penderitaan rakyat dapat dibangkitkan oleh Ahli Parlimen tanpa mesyuarat Parlimen?
"Bagaimana kegagalan menteri dalam menjalankan tugas mereka dengan baik dapat diserlahkan?" soal beliau lagi.
BACA: Agong perkenan isytihar darurat hingga 1 Ogos
BACA: Darurat ini bukan rampasan kuasa tentera, tiada perintah berkurung - PM
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Lim Guan Eng
#DAP
#Yang di-Pertuan Agong
#Perdana Menteri
#gantung parlimen
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#darurat
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan