awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proses pelantikan Perdana Menteri ke-8 belum selesai - Husam

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
29/02/2020
10:26 MYT
Proses pelantikan Perdana Menteri ke-8 belum selesai - Husam
Husam berkata, Perdana Menteri yang baharu dilantik itu perlu melalui proses di Parlimen bagi membuktikan bahawa beliau mendapat mandat daripada anggota Ahli Dewan Rakyat.
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Husam Musa menganggap pelantikan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-8 masih belum lagi tamat sepenuhnya.
Husam berkata, Perdana Menteri yang baharu dilantik itu perlu melalui proses di Parlimen bagi membuktikan bahawa beliau mendapat mandat daripada anggota Ahli Dewan Rakyat.
"Proses yang pertama telah selesai, iaitu Yang Di-Pertuan Agong telah menetapkan melalui proses yang mengikut Perlembagaan dimana Baginda menetapkan seorang Perdana Menteri.
"Tetapi Perdana Menteri ini perlu melalui proses Parlimen untuk menetukan sama ada beliau mendapat mandat daripada ahli-ahli Parlimen ataupun tidak," katanya yang ditemui media di luar perkarangan Yayasan Al Bukhari di sini petang tadi.
Selain Husam, pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Harapan mula tiba di bangunan Yayasan Al Bukhari termasuk Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pertemuan dipercayai bagi membincangkan pengumuman yang telah dibuat oleh Istana Negara di atas perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang baharu.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Husam Musa
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Malaysia2020
#Muhyiddin Yassin
#MY2020
#Pakatan Harapan
#Parlimen
#Parti Amanah Negara
#Perdana Menteri
#PPBM
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan