awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU bukan prioriti - Takiyuddin

Bernama
Bernama
14/06/2022
07:39 MYT
PRU bukan prioriti - Takiyuddin
Kerajaan ketika ini adalah stabil dan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU15) adalah bukan prioriti, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan. - Gambar BERNAMA
PUTRAJAYA: Kerajaan ketika ini adalah stabil dan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU15) adalah bukan prioriti, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Beliau yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli turut mengulangi pendirian bahawa kerajaan masih mempunyai tanggungjawab untuk memulihkan negara dari konteks ekonomi dan kesihatan pasca pandemik COVID-19.
"Bagi saya, pilihan raya bukan prioriti, kita punyai kerajaan yang stabil, mendapat sokongan pula daripada parti termasuk pembangkang, ada memorandum persefahaman (MoU) dan sebagainya. Tiada sebab kenapa perlunya pilihan raya tergesa-gesa.
"Bukan isu takut kalah, lawan tetap lawan dan ia terpulang kepada rakyat," katanya pada sidang media di sini hari ini.
PRU15 mesti diadakan selewat-lewatnya pada pertengahan September 2023, iaitu dalam tempoh 60 hari selepas penggal Parlimen kini terbubar secara automatik pada 16 Julai 2023. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#PRU bukan prioriti
#Takiyuddin Hassan
#kerajaan stabil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan