awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elak jadi mangsa penipuan rumah kebajikan palsu - Nancy
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
Malaysia utamakan pelaburan jangka panjang, berorientasikan nilai dalam mineral kritikal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU14: PAP umum tanding satu kerusi Parlimen dan 6 DUN di NS

Bernama
Bernama
26/04/2018
09:50 MYT
PRU14: PAP umum tanding satu kerusi Parlimen dan 6 DUN di NS
David Dass Aseerpatham akan bertanding di kerusi Parlimen Rasah dan kerusi Dewan Undangan Negeri Labu. - fotoBERNAMA / Fail
Parti Alternatif Rakyat (PAP), sebuah parti yang ditubuhkan oleh bekas anggota DAP pada 2015, mengumumkan akan bertanding satu kerusi Parlimen dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.
Setiausaha Agung PAP Kebangsaan, David Dass Aseerpatham, yang juga pengerusi PAP Negeri Sembilan, berkata beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Rasah dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu.
Beliau berkata parti itu mempertaruhkan dua calon iaitu P. Saraswathy di DUN Rahang dan T. Parimala di DUN Mambau manakala Sagaya Rajen Xavier (DUN Seremban Jaya), S. Vijaiyan (DUN Temiang) dan S. Balamurugan bagi kerusi DUN Lobak.
"Kesemua calon adalah muka baharu kecuali Vijaiyan yang sebelum ini pernah bertanding pada PRU13 sebagai calon Bebas di DUN Bukit Kepayang," katanya kepada pemberita pada majlis pengumuman calon parti itu, di sini, hari ini.
Pada majlis itu, David Dass turut mengumumkan ahli perniagaan, K. Arul Raj, sebagai calon PAP di kerusi DUN Sungai Pelek, Sepang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#calon
#David Dass Aseerpatham
#Labu
#MalaysiaMemilih
#muka baru
#Negeri Sembilan
#PAP
#Parlimen
#Parti Alternatif Rakyat
#pilihan raya umum
#PRU13
#PRU14
#rasah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan